Tuesday, March 30, 2010

CiNtA TiKaR sEjAdAh

salam n good day..

terdetik untuk meluahkan apa yang terbuku didalam hati..setelah menonton drama islamic 'CTS'..
drama yang penuh dengan pengajaran..dan penuh dengan kisah2 realiti kehidupan..
hatiku sentiasa tersentuh bila part sedih..
seolah2 terasa seperti akan berlaku ataupun pernah berlaku..
namun..bila part yang mengeli hati..aku tergelak x ingat dunia..memang kelakar dibuatnya..
watak2 dalam drama ini sungguh hebat dan berkesan..

hero dan heroin drama ini juga antara pelakon top yang aku sangat kagumi bakat mereka..hasrat hati..kalau boleh ingin menonton CTS 2.. aku sangat teruja jika hasrat aku akan terlaksana..bagi aku..13 episode tidak cukup..drama sebegini patut dipanjangkan lagi..jalan cerita yang amat menarik...serta penuh pengajaran dapat diambil dalam drama ini..jika betul2 dihayati banyak benda akan kita pelajari dari drama ini... 

Friday, March 26, 2010

rindu anak buah!!

salam n good day..
comel nya..anak sapa ni..haha

lama aku x main2 ngan anak buah aku..rasa cam nak balik ja...
nak main2..pastu balik sini balaik..hahha..keja gila..kalau duit banyak x pa gak..
pandai adik pose noh..

rindunya kat adik..n along..
along dah sekolah..
si dempol masuk sekolah..haha

adik plak..mungkin dah boleh berjalan....
x kan anak buah ja kot rindu ka...
dik...cepat call pak tam..


mesti la orang istemewa pun rindu jugak..
tanpa mak..yo x dak dalam dunia ni..
miss my mom a lot...
mak...rindu mak..n nak makan masakan mak..kat sini x sedap..terutamanya laksa..cam hampeh..haha..syukur2..doakan yo kat sini mak..walaupun mak x akan baca apa yang yo tulis ni..yo rasa lega..kalau yo dah tulis apa rasa dlm hati ni mak..

yo impikan keluarga yang bahagia mak.. :)
TUHANKU..MAKBULKANLAH PERMINTAANKU..

MeMoRi TeRiNdAh dAlaM HiDuP..

time f4..puncak gunung kinabalu..


disebalik bendera..aku curi bendera ngan khairul..semata2 tuk gambar ni..hahaha


sangat seronok bila berada di atas puncak.


kepuasan hidup..


nice pic..i like this..

aku nak g lagi kinabalu..x puas r g sekali..doakan aku leh g lagi sekali..kalai ni aku nak bawak bendera UMP plak..tu pun kalau boleh la..

DiLemA HiDuP..

salam n good day..

aku x faham dengan diri aku..
aku kadang2 benci dengan diri sendiri..
aku kadang2 bangga dengan diri sendiri..
lumrah hidup..dan adab kehidupan..semua benda tu ada dalam diri kita..
aku pening sangat2 bila final exam dah dekat..
assesmnt banyak x buat lg..+ assignmnt lagi..+test lagi..aduhai..
dah le markah asyik rendah ja..bila aku nak berubah..?
macam mana aku nak ubah org lain..
hobi suka baca buku motivasi..tapi kadang2 aku sendiri pun x bermotivasi..erm..
sapa boleh sugges kat aku..buku yang paling sesuai or buku yang boleh aku baca tuk ubah diri aku jadi lebih baik..kebetulan nak g pesta buku ni ari sabtu..boleh aku beli satu..

JoM mAsUk U..



salam n good day..

wahai budak2 junior aku..jom lah masuk u..n masuk lah ump..coz aku bosan x da budak yang aku kenal..haha..
pgrm ni..aku jadi ajk bahagian ceramah pelajar..agak penat keja ni..sebab lari sana sini..then kena cari budak2 yang hilang..huhu..bapak orang punya ramai..ampai 20 000..erm..apa pun alasan aku..aku tetap ok n happy ja..haha..jumpa kawan2 baru lagi..tu best join xtvt..lg best dapat kenal dengan staff BPA..
cik jamrah,puan nurul n puan rozie..TQ..

muka aku yang kepenatan.. :)


team kerja kitaorang..TQ to all..



DKK Industrial Visit..JoHoR

salam n good day..

niat hati nak update jugak sal lawatan g johor..so,
ari ni sempat jugak update..
ni lawatan first aku handle jadi ajk..memang best..n kadang2 da yang x best..but aku enjoy g sana..
sebab aku g ngan bdk kelas aku..walaupun x semua..
n yang palaing best aku dapat jumpa abg amir..abg angkat aku time aku darjah 4..time first2 aku masuk hostel..
dah lbh 5 tahun aku x jumpa dia..so time aku g lawatan ni.aku stay kat utm..so blh le aku jumpa dia..malam aku jumpa dia..aku borak sampai kul 4pagi..sedar x sedar dah dekat subuh..apa lg..tido la..dah la kul 6 nak bangun ambik makanan le apa la..huhu..but before tu..aku da jumpa lg sorg..iaitu..kawan lama aku..time sekolah model..dah lama aku x jumpa dia gak..malam tu..dia bawak aku pusing2 satu utm..bapak best..besar gila utm,skudai..

da gak niat nak sambung kat situ..tapi aku berangan ja la..haha..x tau la boleh ka x sambung stdy..malas tapi nak..erm..time aku dok utm..aku da terlepas satu peluang..peluang tu..sangat related ngan aku punyao hobi atau minat aku..peluang tu actually sal belajar main kuda..abg aku tu pandai main kuda..kan kat utm da kuda..kalau x aku dah boleh naik dah..erm..x da rezeki..nak buat cam na kan..x pa..nanti aku g lagi..haha..

first time aku sampai danga bay.. ok la..

overall lawatan ni...enjoy..g dua kilang je..then mlm n petang jalan2..tp penat gak la..nek bus pendek..haha..
memori di utm

Sunday, March 21, 2010

LaDaNg PeNtERnAkAN KaMbINg..

salam n good day...
jika anda tahu ladang kambing sekitar kuantan atau pekan,pahang...sila inform kepada saya..

saya hanya ingin mintak pendapat/pandangan/info/pengalaman anda!!mengenai KAMBING..
kalau anda mempunyai maklumat mengenai KAMBING..sila tinggalkan commnt anda di sini..
jika anda ingin berkongsi pengalaman mengenai KAMBING..anda blh meninggalkan commnt anda di sini..
n lastly...apa pandangan anda atau pendapat anda mengenai KAMBING..??

rAsa maCAm2..

salam n good day..

rasa apa erk??
alahai..macam2 rasanya...

KELIRU
LETIH
KENYANG
RINDU
MALAS
SERBA SALAH

semua ada lah..
erm..aku x tau la apa aku rasa malam ni..

keliru aku..macam2 aku pk..sampai keliru..
letih lol..dari ari khamis non stop x rehat..balik dr johor trs da fitness test n karnival jom masuk u..
kenyangnya malam ni..makan roti canai 2keping..n nasi lemak sebungkus..
rindu?rindunya mak aku..umah aku..tv aku..n makanan masakan mak aku..mak..yo kepunan nak makan laksa
malas..ari2 aku rasa malas nak bt something..keja bertimbun..x kira la yang major ke minor ke..tetap keja..
serba salah..ptng td aku btl2 rasa serba salah..kalau aku x blh nk tolong kwn2 aku ni..
tapi dorang pun kena le faham..jgn le ambik kesempatan terhadap aku..
ada yang kita patut tolong..n ada yang patut kita x tolong..

aku dah malas nak tulis..tp rasa(rasa lagi....) cam nak cita kat sapa2 yang nak baca..so??

Sunday, March 14, 2010

dunia baru!

salam n good day..

masa semakin bergerak pantas..
hari berganti hari....
bulan berganti bulan...
aku tetap aku!!

 kini aku melangkah ke satu dunia baru..
dunia yang x sama dengan dunia sebelum2 ini..
dunia aku kini bagaikan alam yang sangat indah..
dunia baru....kawan baru..
dunia baru...pengalaman baru..
dunia baru...kerja baru..
dunia baru...buku baru..
semuanya baru belaka...

tapi..ada juga dalam dunia baru aku ni benda yang lama...
diri aku masih yang lama...
nama masih yang sama..
masa tetap yg sama..
main objective tetap yang lama..

apa yang aku harapkan dengan dunia yang baru ini hanyalah..ada sinar di hari2 yang mendatang..
yang lama tetap x lupa..
moga yang lama..dapat disinarkan dengan yang baru..
dapat mempelajari sesuatu..
dapat pengalaman terbaru..dan sebagainya..

p/s: tiada yang lama..tiada yang baru..

Monday, March 8, 2010

PuIsI uNtUk IbU..SiTi AisHaH biNtI aLi

Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai



Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah



Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan



Ibu……
Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….



Ibu….
Aku sayang padamu…..


Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..dan ampunkanlah dosa2 dia...

Thursday, March 4, 2010

KaMbInG??

salam n good day..

ari ni aku semangat plak nak post entry..haha..


ada apa ngan kambing??

bau busuk ada la..erm..
daging kambing pun sodep..hahahahaha..

actually..aku baru plan..nak buat projek ternakan kambing..
sebab utama aku nak buat..
1.tolong mak ngan cousin aku kat kg..
2.sebab minat..selepas main farmville..(jgn kata buang masa..haha)
3.sebab aku nak cuba ceburi bidang baru..
4.nak jadi usahawan yang berjaya..
5.nak mula berdikari tuk mencari rezeki yang halal..

kan best kalau ada ladang ternakan cam ni..hohoh..1 day!!!

aku harap sangat..projek ni akan berjalan..cepat ka lambat ka..aku x kisah..just hope jadi..x nak besar2 lagi..just kecil-kecilan dulu..

to all my readers..(kalau ada la..alahai..SS) klau2 ada info blh la bgtahu saya..
samaada kat blog ni or fb or kat my number..0134193951
saya sangat2 hargai info n bantuan anda..
saya insan lemah n insan muda yang kureng ilmu..

4/3/2010

salam n good day..

lama rasanya blog ni x update..
lately bz gila..weekand full memanjang..meeting lg..macam2..
dalam hati..rasa cam nak ja update blog ari2..sebab ada ja benda nak share..tapi..bila dok depan laptop..x terbuka la plak blog ni..

apa pun..ari ni aku update jugak..
sebab aku free pagi ni..minggu lepas n minggu ni aku rasa semangat aku tuk stdy berkobar2..cuma..still aku terpk masalah yang lepas2..selagi x setle..selagi tu la aku akan terpk..
erm...macam mana kita nak keluarkan diri kita dalam satu masalah or situasi..??
puas aku pk..last sekali..aku buat x tahu..but..bila time tu datang..mula la aku pk balik..serabut2..

akhirnya..penantianku terbalas!!!
kalau dulu aku x da rezeki untuk kerja govermnt..
sekarang aku dapat jadi SRM UMP..cayalah..
terbukti..rezeki ada d mana2..so jgn give up AZRUL!!!
aku x kan putus asa...!!ayuh...pulun bro!!

Wednesday, March 3, 2010

RASULKU...tiada tandingan!!

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam’ah
‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

http://mannster.wordpress.com/2008/06/02/biodata-nabi-muhammad-saw/