Thursday, September 30, 2010

Raya Kali Kedua..

Salam and Good Day

Alhamdulilah..tahun ni aku raya 2x..
tahun sebelum2 ni aku x pernah raya 2x..
Raya tahun ni best..x macam raya2 sebelum ni..
sebabnya..first aku raya 2x..
second..tahun ni aku bnyk pergi open house..huhu..
banyak jumpa kawan2 raya tahun ni..
ini semua yang manis2 la..

Apa yang aku dapat dari hikmah bulan Syawal yang mulia ni..
adalah kesabaran itu penting dalam sebuah kehidupan..
dalam bulan syawal..time berpuasa sunat 6..bnyk benda yang telah aku lalui..
semua ujian dan masalah..banyak menguji kesabaran..
dan pada bulan syawal..ketika berpuasa..cabaran dan dugaanNya lebih dari bulan sebelumnya..ni bagi aku yang merasai ujian drNya lah..sebab..terlalu berat untuk aku solve masalah ni.. hanya yang aku mampu memohon atau hanya berdoa kepadaNya..
Mudah2an Allah makbulkan Doa kita semua..

p/s:Alhamdulilah..saya dah raya..anda bila lagi??


Bosan!!

Salam and Good Day

Bosan..Bosan..Bosan..

kenapa aku terasa bosan dengan hidup aku sendiri??
perasaan pelik ni..tiba2 muncul..
apakah sebabnya??

aku sendiri x tahu..malas nak jawab..x mahu bersangka buruk lagi..
kenapa la hidup aku macam ni..alahai..ermmm...

Last!!

Salam and Good Day

Last for this sem..
dah dekat final!!..aku kena tempuh jgak walau bagaimana pun..
Tuhanku..tolonglah hambaMu ini..
Kau jauhkanlah aku dari perkara2 yang tidak penting dan melalaikan aku Ya Allah..

Berjanji dengan diri sendiri..tidak semudah berjanji dengan orang lain..


second last!


akan ke open house imam muda di putrajaya..insyaallah dengan keizinanNya

and last xtvt aku sem ni ialah


berkayak!!
Varsity Boat Race 2010 di putrajaya!!

p/s: Tolong Halang aku jika perlu!!


Wajib!!

Salam and Good Day

Lepas balik dari putrajaya nanti..aku MESTI..WAJIB berubah..kalau x..aku bukan lagi azrul!!
Tiada lagi perkataan Bodo dalam fikiran aku lepas ni..
Mesti TRY lepas ni..

Malam ni..aku dapat nasihat dan teguran berguna dari kawan aku..yang x putus2 tegur aku..nasihat aku..
kalau dorang x tegur..mungkin aku akan trs hanyut dalam dunia luar ni..
aku bersyukur..Kau masih izinkan aku berada di sini lagi..

Thanks zizo and eddie..

Tuesday, September 28, 2010

Maafkan Mirul

Salam and Good Day


Mirul mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Selama pertemuan dan perkenalan kita..

Mirul banyak melakukan kesalahan dan kesilapan..

Tiada niat untuk Mirul melakukan semua tu..

Mirul hanya berdoa..Jika tidak bertemu lagi..lebih baik daripada 

bertemu..maka Mirul Redha..

Ya Allah..Kau berikalah keputasan yang terbaik buatku..

Kenapa Ya Allah?

Salam and Good Day

Kenapa Masalah datang dan pergi..dan kemudian datang lagi..seterusnya..datang..dan datang..dan terus datang.....Kenapa Ya Allah..kenapa Kau  Uji hambaMu ini dengan Masalah begini..

Aku x mampu lagi Ya Allah..aku lemah Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan Ya Allah...

Aku mahu tahu Ya Allah..kenapa Engkau ketemukan aku dengan dia Ya Allah..
Kenapa aku diuji dengan dia Ya Allah..Tunjukanlah yang sebenar2nya..
Jika lebih baik tidak ketemunya.maka Usahlah Engkau ketemukan aku dengan dia Ya Allah..

Berikanlah aku Taufiq dan Hidayah..agar dapat aku melawan ujianMu ini dengan tenang Ya Allah..

Monday, September 27, 2010

Memaafkan untuk Syurga

Salam and Good Day

Setiap hari di bumi Allah,
kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah
terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya,
selalunya kita akan berhadapan dengan suami,
anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu,
kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci
kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan.
Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid
lalu baginda bersabda dengan ertinya:
"Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk.
Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa
dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya.
Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja.
Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya,
"Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga.

Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan
yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu,
tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain
yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja.
Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang.
Namun apa yang terpenting, iaitu

ketika aku ingin tidur pada waktu malam,
aku tidak pernah menyimpan rasa dendam,
tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada
mana-mana orang Muslim.

Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim
yang suci hatinya dari perasaan dendam,
hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.


Sunday, September 26, 2010

Kesabaran Teruji

Salam and Good Day

Semalam berbicara mengenai kesabaran penting dalam kehidupan..malam tadi..kesabaran diuji oleh Allah..
Tidak kira dalam kelompok yang kecil atau kelompok yang besar..mahupun diri sendiri..Kesabaran akan terus diuji tidak kira dimana dan kepada siapa serta bersama siapa..Jadi bersedialah setiap masa..UjianNya tidak mengenal waktu..

Itulah yang terjadi kepada 'kami' malam ini..Dalam suka gelak tawa pada mulanya..Keadaan mula nampak berubah di suatu tempat..

Cerita bermula selepas semuanya selesai beraya di rumah Jannah..
Hampir semua classmate pergi ke Pekan a.k.a rumah jannah malam tadi...Destinasi dikunjungi oleh 3 buah kereta dahulu..sebelum sebuah lagi tiba di destinasi lebih kurang 9.4*malam..Dengan penuh semangat..kesemua classmate sangat teruja untuk 'jalan-jalan sekitar Pekan' 


to


Bermula di Istana Abu Bakar kemudian ke Pekan Riverfront..Semuanya berjalan lancar..untuk ke destinasi seterusnya 'UMP Pekan' bermulalah Ujian oleh Nya kepada Hamba2Nya ini..

Dalam perjalanan untuk ke destinasi seterusnya..Aku hanya mampu mendengar kata2 dan bisikan classmate yang satu kereta denganku..Oleh sebab seharian aku training di Taman Bandar..maka keletihan dan kepenatan pasti terasa..namun..demi Ukhwah yang sudah terjalin hampir 2 tahun..aku gagahi juga untuk bersama2 dengan classmate yang lain..Alhamdulilah..tiada masalah..dalam tido yang agak tidak lena itu..aku terdengar satu panggilan dari classmate yang lain..katanya..'Tolong belikan minyak kereta..minyak kereta kami habis' terus bangun dari lena yang x lena2 itu..keadaan agak gelisah didalam kereta..sejurus selepas itu..kami pun mulalah mencari Pump Station untuk membeli minyak..dalam kesibukan mencari pump station..sempat lagi aku tertido..memang x dapat dielakan..keletihan dan kepenatan..

~ cerita berhenti berehat ~

hihi..Akibat terlalu nyenyak..maka aku tidak dapat meneruskn cerita yang sebelumnya..apa yang pasti..setelah aku terjaga dari tido..hanya aku seorang yang berada di dalam kereta di tepi sebatang jalan..Kemudian..setelah aku keluar kereta..Aku diberitahu..kereta sewa classmate aku tu bukanlah kehabisan minyak..tetapi ROSAK..huhu..


sempat lagi posing..hihi..kereta yang rosak + muka yang baru bangun dari tido..

Tiada apa2 dapat aku katanya..kerana mungkin masih dalam keadaan tak stabil a.k.a mamai..hihi selain hanya tersenyum dan meng'garu2 kepala..kerana kebuntuan tak tahu nak cakap apa..cuma cakap 'no komen' hihi pada classmate yang lain..yang ada di sekitar jalan dan disebuah warung..hampir sejam plus2..menunggu di warung dan kereta yang terbengkalai itu..akhirnya semua mendapat jalan keluar..bukan terus mengalah..sudah pelbagai cara dicuba..tetapi tidak membuahkan hasil jugak..maka keputasannya..tinggal je keta tu kat sini!
huhu..Jalan penyelesainya..sebahagian budak lelaki tido di rumah abe(kawan nubli)..sebahagian classmate perempuan tido di rumah jannah..dan yang selebihnya balik ump campus gambang..termasuk aku..

Kesabaran masing2 mungkin diuji..oleh Ujian dariNya ini..termasuklah aku..terpaksa menunggu masa yang lama untuk menyelesaikan masalah ini..dan terpaksa menahan kepenatan dan keletihan ini..hari ini..hari terakhir training sebelum pergi game minggu depan..maka dengan ini..saya tido dulu k..harap cerita yang ringkas ini..dapat meningkatkan lagi keimanan kawan2....terutamanya my classmate..

Saturday, September 25, 2010

Kesabaran itu penting!

Salam and Good Day

Dalam setiap perkara..kesabaran selalu diuji..tak kisahlah dimana..bila..dan dengan siapa..
Kesabaran sangat penting dalam kehidupan kita..tanpa kesabaran..semua perkara tidak akan menjadi..kadang2..terjadi dengan lebih teruk..betapa pentingnya kesabaran dalam hidup kita sehinggakan para ulama mengungkapkan 'sabar itu separuh daripada iman'..

Dalam kehidupan..Allah akan sentiasa menguji kita dengan menemukan kita dengan dua perkara..iaitu..perkara yang menyenangkan kita...atau pun sebaliknya..dalam apa jua keadaan..kesabaran sentiasa akan terselit..
kesabaran tidak boleh berpisah dengan keadaan..percayalah..setiap perbuatan kita..pasti ada kaitnya dengan kesabaran..sebabnya..sudah menjadi lumrah kehidupan..jika kita menghadapi sesuatu perkara..kita tidak akan berfikir panjang..malah selalu mengambil jalan singkat..

Dalam kehidupan aku..aku mungkin diuji dengan kesabaran diri sendiri..apa yang kita mahu..x semestinya akan dapat dalam masa yang kita perlukan..apa yang kita minta..mungkin esok..atau minggu depan..atau bulan depan..atau tahun depan barulah Allah akan makbulkan niat atau harapan kita..kita hanya meminta dan merintih..yang pasti Allah yang menentukan..

Allah menguji kita dengan ujian kesabaran kerana Allah menjadikan kehidupan kita ini keseluruhannya adalah peluang untuk kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menuju kearahNya

Sesungguhnya..aku akan tunggu masa itu..dan aku yakin..masa tu akan datang..apa yang perlu aku buat hanyalah bersabar dan berusaha untuk dapatkan apa yang aku inginkan ni..


aku ingin berubah menjadi insan yang lebih berguna dan lebih baik..

itulah harapan aku..semoga diri ini terus menjadi berguna kepada keluarga dan masyarakat..
ku berdoa agar Allah perkenankan doa aku..


Friday, September 24, 2010

Jawapan kepada Mungkin

Salam and Good Day

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Maha Penyanyang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.


Thanks to my best friends for your helps and for being my part of life..
Syukur..Alhamdulilah...Thanks Allah..

Wednesday, September 22, 2010

teruskan!!

Salam and Good Day

Walau apa pun yang terjadi..Hidup mesti di teruskan..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah 'Azza wa Jalla apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha maka ia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu maka ia akan mendapat kemurkaan dari Allah."

semoga aku mendapat keredhaan dari Allah..

pasti ada hikmah..kenapa terjadi pada aku..dan kenapa harus aku?
PASTI!! 

aku x jemu untuk bertemu dia....kerana aku mahu ilmunya..
aku mohon pada Allah..agar dia masih mahu bertemu aku..
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan dan semangat untuk aku teruskan kehidupan ini Ya Allah..

Tuesday, September 21, 2010

Mencari Ketenangan Abadi

Salam and Good Day

Malam ni..sungguh aku emo..terasa aku ni sangat2 memalukan..serba x kena..serba salah dan sebagainya..
inilah balasan atau akibat terlalu mengharapkan sesuatu yang x akan menjadi milik kita..
umpama menunggu buah yang x kan jatuh...

Bukan apa..aku cuma inginkan perhatian..aku x nak bila dia perlukan kita..kita tanpa ragu2 memberi apa yang kita ada..walhal..bila kita perlukan dia..dia sikit pun x kisah..x endah..buatlah macam mna pun..kita tetap x boleh nak tipu perasaan kita..tu lah yang aku cuba sembunyikan dalam diri aku dengan sedalam-dalamnya..aku x nak luahkan..aku mahu pendam sedalam-dalamnya..


Detik ini..sememangnya aku perlukan tempat yang dapat menenangkan diri aku..selain tmpt impian di syurga..hanya tepi pantai yang aku suka meluahkan apa yang terbuku didalam hati..bagitau angin dan ombak yang aku suka mereka mendengar masalah2 aku..sementara pasir menjadi peneman yang setia..dimana aku bergerak..pasti ada sang pasir..

Azamlah dalam dirimu wahai azrul..jangan kau ulangi kesalahan ini..jangan kau biarkan perasaan ini menghalang tumpuanmu dalam pelajaran..ingatlah..kau datang ke sini..untuk belajar dan mencari ilmu..bukan hal lain..alam dewasa ini..memang cukup sukar bagi aku untuk ditempuh..apa2 pun..aku harap..kau x tulis kosong..kau kena juga berubah..jangan harapakan sesuatu lagi k..berdoalah kepada Allah..supaya permudahkan segala urusanmu..dan mohon lah kepada Allah..agar kau diberi Taufik dan Hidayah..seterusnya diberi kekuatan dan semangat yang menebal dalam diri..

Monday, September 20, 2010

Mungkin

Salam and Good Day



Mungkin Kita Segaja Ditakdirkan Berjumpa Dengan Insan Yang Salah Sebelum Kita Menemui Insan Yang Betul. Memberikan Seseorang Itu Cinta Kita Bukanlah 1 Kepastian Yang Mereka Akan Mencintai Dan Menyayangi Kita Seadanya. Kemanisan Semalam Juga Tak Semestinya Berlanjutan Hingga Kehari Ini Dan Selamanya. Rasailah Selagi Terdaya Dan Telanlah ia Selagi Berupaya..


aku sangat tertarik dengan ayat ni..masa bulan ramadhan yang lalu aku baca ayat ni..aku rasa ayat ni sangat dekat dengan aku..aku rasa macam kena pada diri aku..sebab aku rasa insan yang salah tu..bagi aku dia cukup hebat..tapi aku serba x kena bila setiap kali aku ketemu dengan dia..aku sentiasa berdoa kepada Allah..jika dialah insan yang ku pinta selama ini..yang dapat membimbingku kejalan yang diredhoi Allah..aku mahu terus berjumpa dengan dia..dan apa yang ku pinta..ku berdoa..agar dia diberi hidayah dan seterusnya diberi petunjuk agar dia dapat membinbingku..seterusnya membawa aku ke pangkal jalan..

sememangnya..nafsu dan syaitan dua benda yang sangat2 berbeza..

inilah jawapan aku kepada ayat diatas..

Mungkin juga Allah sengaja ketemukan dengan insan yang salah itu..sebab Dia merancang sesuatu yang lebih baik dan diluar jangkaan kita..ku berdoa agar..insan itu dapat membimbingku kejalan yang diredhoi Allah..aku akan menanti bimbingannya sehingga ke penghujungku..

Pengalaman Pertama

Salam and Good Day

Pengalaman pertama...akhirnya!! Thanks Allah..Allah telah makbulkan niat dan impianku untuk ke suatu tempat..
di sungai soi tempatnya..gambar di atas..menjadi saksi..akhirnya aku sampai jua di ladang kambing ternakan imam muda nuri..thanks ya akhi..x jemu2 melayan karenah aku yang macam2 ni..huhu..

sampai2 je di ladang tu..terus set dalam pala otak..aku nak tangkap pic banyak2..huhu..
sempat la jugak aku ambik gambaq 7 8 keping..yg cun ja la..huhu..
kambing2 akhi nuri ni semua manja2..ada 3 jenis kambing kot..kalau x salah aku le..then ada jugak yang kacuk..huhu..yang kambing kampung + kambing dari australia..huhu..memang cun..kui3..

anak kambing yang sedang sakit..erm kesian..berdarah mulut anak kambing ni..

bila masuk dalam kandang tu..tengok2..ada seekor je kambing..rupanya anak kambing..anak kambing tu sedang sakit..kesian betul tengok anak kambing tu..erm..mana pergi semua kambing2 akhi nuri??

hahaha..kambing2 dia baru otw balik nak masuk kandang la..hahaha

lepas semua kambing2 dah masuk kandang..aku mula buat kerja..huhu..


kerjanya..mengamil makanan kambing2 tu..huh! makanan kambing2 ni memang sempoi..x bau busuk pun..bau wangi je..bau macam kopi pun ada..bau macam gula merah pun ada..huhu..3x aku ulang alik ambik makanan kambing2 ni..makan banyak betul kambing2 ni..hihi..

best betul detik ni..first time bagi anak kambing minum susu..

apa yang best ngan kambing2 akhi nuri ni..x ada bau hamis pun..then kambing2 dia ni semuanya manja2 belaka..

tengok la tu..manja betul ngan tuan dia..

setakat nak pegang n gosok pala..memang boleh sangat2..geram aku nak peluk time aku bermanja2 ngan kambing2 dia..bulu cantik gila..bersih je..erm..x puas betul aku g ladang ternakan kambing imam muda nuri ni..nanti aku nak g lagi..insyaallah..

ni ustaz kholil..rakan kongsi imam muda nuri..bos besar..hihi

semoga Allah menambah dan murahkan rezeki kalian..amin..

Sambung beraya di kuantan bersama Imam Muda Nuri

Salam and Good Day
posing kejap kat keta imam muda nuri ni..

aku ingat dah habis mood raya aku..rupa2nya masih ada mood raya kat kuantan..sebelum zohor..dapat 1 sms dari Imam Muda Nuri..ajak g open house..apa lagi..kebetulan perut tengah lapar..cafe x bukak..cepat2 la aku g umah dia..lepas sampai..terus gerak ke destinasi pertama..di bukit ubi..umah ustaz nama pa ntah..x ingat dah..then lepas tu..ke jaya gading..umah kawan imam muda nuri..before ke jaya gading..singgah permatang badak dulu..ambik kawan dia..ramai betul orang datang umah saudari ni..almaklumlah..kawan2 sekerja saudari tu..lepas makan laksa n etc..kami gerak ke markas briged tenggara batalion 7 pga plak..pergi umah abg rizal(kalau x silap aku)..first time masuk Batalion 7..kat umah ni..aku dah x makan apa2..x larat nak sumbat banyak2..imam muda nuri x reti2 nak stop makan..singgah je umah sape pun..mesti makan punya..huhu..kuat betul makan pak long ni..daripada 4 open house..pergi 3 je..tu pun dah x larat nak makan..kui3..

p/s : thanks imam muda nuri..sebab ajak saya g open house..kekenyangan gila..huhu

Thursday, September 16, 2010

Better Than Last Year!

Salam and Good Day

beraya di umah miau..dia buat open house..sedap bihun sup dia..kui3..

Tahun ni..aku rasa banyak yang better dari tahun2 lepas..apa yang lebihnya..pertma aku rasa..tahun ni aku raya memang sakan habis..umah member2 yang jemput or suh aku p..hampir semua aku p..tahun lepas aku x da moto..tahun ni..aku ada moto..apa lagi..aku raya sakan r tahun ni..aku rasa puas..walaupun ada juga umah2 yang aku nak g..masih x sampai2 lagi..mungkin  x da rezeki raya tahun ni..maybe tahun depan...insyaallah..tahun depan aku g umah member2 yang aku x penah g lagi..

Ni pasal Ramadhan plak..Ramadhan tahun ni pun..aku rasa better dari tahun lepas..sebabnya..tahun ni aku terawih banyk malam dari tahun2 lepas..alhamdulilah la..aku berdamping dengan orang2 yang kuat imannya..Sembahyang pun aku x tinggal Ramadhan kali ni..Makan pun alhamdulilah..boleh control..Ramadhan tahun ni..sempat jugak aku buat amal sikit2..tahun depan aku ingt nak buat lagi amal mcm aku buat tahun ni..boleh buat amal jariah wajib tiap2 tahun..yakni..belanja kawan2 berbuka puasa and bagi sumbangan pada anak2 yatim..

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

disebabkan hadis ni lah..aku terbuka hati untuk belanja kawan2 aku berbuka puasa..moga apa yang aku lakukan..akan diberkati oleh Allah..bukan mahu menunjuk2..tapi niat ingin berkongsi kebaikan amal jariah..

erm..apa yang better than last year yang kureng aku percaya adalah mengenai sikap aku kat umah..abg aku ada gtau aku yang perangai aku makin teruk..aku rasa pelik..padahal..aku try berubah jadi lebih baik..tapi my sibling said that i makin teruk..bukan apa..cuma aku makin malas bila ada dirumah..keja2 mengemas n etc..memang aku x buat this year..sebab aku dah mention awal2 yang this year memang aku x kan buat keja2 tu..aku dah penat..aku dah malas nak kemas2 umah..tu je..kalau sikap aku yang lain makin teruk jugak aku x tau la..tu saja yang aku rasa sikap aku makin teruk dari last year..hope next year aku rajin balik..huhu

p/s: cukup stop sampai disini..kang kalau aku membebel x habis2 sampai esok..

Monday, September 13, 2010

Raya Moment 2010

Salam and Good Day


 Ya Allah..Kau Lindungilah keluargaku dari apa jua Bala dan Musibah..amin..




Pejam celik pejam celik dah raya ke 4..means 4 syawal 1431H..masa begitu cepat berlalu..tahun ni..aku mau raya sepuasnya..mungkin raya akan datang aku x berkesempatan..hanya mampu berdoa..semoga dipertemukan dengan ramadhan dan syawal lagi tahun hadapan..



Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Mak tercinta..Siti Aishah Binti Ali..




buat Abah..Kak..Abang..Adik..semoga Allah limpahkan Rahmat keatas kalian..semoga diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah..


Kepada kawan2 yang x jemu2 berkawan dengan saya..saya mohon ampun salah n silap..n selamat hari raya juga k..kepada kawan2 yang baru dikenali dan bakal mengenali..saya ucapkan terima kasih kerana hadir dalam hidup saya..semoga persahabatan kekal abadi...



Raya Moment tahun ni..
Balik kampung konvoi 5 buah keta..(tapi x puas sbb balik hari)
Kawan 2 orang excident..(sorg nek keta..sorg nek moto)
Tahun ni dapat la beraya umah kawan2..(tu pun x bnyk buah sgt..ari ni sambung raya lagi)
Tahun ni dah x dapat duit raya..kui3..(alhamdulilah dapat juga rm2..hik3)
Makan kurang tahun ni..(ikut mood nak makan ka x mau..)
Kurang tengok TV tahun ni..(tengok yang bagi manfaat ja..)
Tiap2 tahun pergi tgk pak saudara main bunga api n mercun..(bunga api yang lawo tu..yang meletup2 tu..kui3)

p/s : raya2 jugak..ingatlah orang yang kurang bernasib baik...!!


Saturday, September 11, 2010

Jemputan Khas dari Imam Muda Nuri

Salam and Good Day

Alhamdulilah..Hari yang ditunggu2 sudah pun tiba..
Thanks Allah..kerana masih memberiku nafas..
Dibulan yang mulia ni..sedih pula bila terkenang orang yang sudah tiada..yang pergi menemui Maha Esa..
Eh! nanti2 lah aku cita pasal Moment Raya ni..

Thanks Imam Muda Nuri..sebab sudi jemput saya ke Majlis Open House and Kenduri Kesyukuran..
tapi sedih sebab saya x dapat pergi..tahun depan jemput lagi k..Insyaallah..saya pergi...kui3


kali ni aku nak cita pasal Jemputan Khas Aidilfitri..
dah 19 tahun..ni la first time aku terima jemputan khas open day Aidilfitri..
sungguh terharu..tapi malangnya..aku x dapat g..
bukan sebab apa..cuma sebab jarak destinasi terlalu jauh dari umah aku..
kalau la dekat..memang cnfm2 la aku g..

Moga Allah memberkati Majlismu ini..amin..
Ku sentiasa menyokongmu..sudahku anggapmu seperti abgku sendiri..
Thanks Allah..kerana ketemukan aku dengan dia..


Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam and Good Day..



Oleh kerana hari ini aku akan pulang ke baling..maka aku ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri siap2(walaupun masih awal) kepada kawan2 bloger..oleh kerana di rumah tiada kemudahan internet seperti di universiti..maka terpaksalah aku post entry ni awal2..walaupun hari raya bakal menjelma..janganlah melupakan ramadhan yang bakal berakhir ini..semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan tahun hadapan..di kesempatan ini..aku ingin memhon berjuta-juta kemaafan andai ada tersalah tulis..setiap yang lemah itu datangnya dari saya..yang baik itu datangnya dari Allah..

p/s: raya jemput la datang ke rumah..di baling,kedah..

Wednesday, September 1, 2010

Jom Derma Darah Pula..

Salam and Good Day


Bulan Ramadhan bukan penghalang segala-galanya..malah bulan ini adalah bulan ujian bagi kita umat Islam..Ayuh!!Jangan memberi alasan jika anda belum bersedia..Jika anda rasa anda prihatin kepada Agama, Negara dan Bangsa..Jom sertai saya derma darah di Astaka UMP pada 2.9.2010 jam 9.30malam hingga 11.00malam...Jika Allah izinkan saya..saya mahu menderma lagi..Hukum menderma darah ketika kita berpuasa adalah Harus..tu kalau kita berpuasa..means pada siang hari..ni malam..jadi..x menjadi malasah kalau ikutkan saya..sebab kita semua pasti makan selepas membuka puasa..pastinya ada tenaga..saya tidak memaksa..cuma sekadar ajakan..benda baik..patut kita kongsi.. :) Jumpa anda di sana malam esok..

p/s: mood merah darah!!haha..mood: terawih lepas ni..kui3..jom kita ke masjid..10 malam terakhir..reputlah peluang!!

Akhirnya..

Salam and Good Day


Akhirnya..aku boleh menarik nafas lega..kerana penderitaan aku sebelum raya dah pun selesai..bakal disambung dengan satu lagi test selepas raya..Alhamdulilah..Syukur..masih diberi kekuatan..Semoga Allah terus memberiku kekuatan dan semangat untuk terus mencari ilmu di sini..setrusnya tamat pengajian di sini..

p/s: mood balik kampung..menghitung hari..2 hari lagi..