Sunday, October 31, 2010

~ Cerita Lama

Salam and Good Day

Mulutku tak terucap
Cuma hati berbisik
Antara dosa dan nafsu
Antara aku dan Tuhanku
Tiada apa yang dapat aku ubah 
kecuali menerima takdirku
Wahai azrul pandanglah terus kehadapan
Janganlah engkau menoleh kebelakang lagi
Ubahlah dirimu kerana dirimu sahaja 
yang dapat mengubah kehidupanmu

~ luahan hati disember 2009
ketika ini..sesuatu yang baru dan 
tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku pada diri aku..
ermm..Jangan Ulangi Lagi!!

Past is Past..Just looking Forword!


PerhiTuNgaN

Salam and Good Day

Lagi seminggu..Hari yang berat akan aku tempuh untuk sem ni..
kemudian..sambung semula selepas 2 ari..
next..5 hari terluang..berjuang semula..
selepas tu..raya haji..seminggu selepas raya..barulah hari terakhir perhitungan..
Ayuh AzRuL!! Kamu Boleh!!

8.11.2010
Islamic Institutions

11.11.2010
Electrical Technology
and
Thermodynamics

16.11.2010
Engineering Mechanics

22.11.2010
Material & Energy Balances

I Know I can!
Positive Thinking is half the work..

The Best of Time Is Now

Salam and Good Day

Alhamdulilah..Test2 sudah melabuhkan tirainya..
Hanya tinggal 2 3 perkara yang perlu dibereskan sebelum Final Exam..

Masa kian suntuk..Masa makin begerak pantas..
Masa itu Emas..Emas tu mahal tau..hihi

Jadi..aku harus mulakan perjuangan aku sekarang!
kerana masa yang terbaik ialah sekarang

Aku juga harus melupakan perkara2 yang menganggu emosi dan jiwa aku sekarang!
Aku juga harus mula melupakan apa yang tidak penting dalam hidup aku..

wahai azrul..Mulai sekarang berusahalah..
tiada siapa dapat mengubah nasibmu..kecuali dirimu sendiri

Thursday, October 28, 2010

Hakikatnya

Salam and Good Day

Erm..hari ni..hari terakhir Test 2..
petang jap g ada test APK..malam pulak ada test Mechanics
Semoga Berjaya kawan2 aku..

Terlintas secara tiba2 dalam benak hati..
Hakikat!!
Susah untuk aku menerima hakikat ni..
Sudah lama perkara ni terjadi pada diri aku..tapi
baru sekarang aku sering memikirnya..
amat perit dan susah untuk aku menerima hakikat yang telah tertulis buatku ini..
Aku hanya mampu berdoa dan bersyukur
kerana pesan insan baru buat aku..

kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..apa yang terjadi kepada kita..
dan..
apa yang kita jadi sekarang(what we are today)

pesan dia buat aku..akan aku ingat sampai bila2..
syukur itu sangat bernilai dan bermakna..
jadi..fahami dan hayatilah erti syukur itu..

One more thing..
Aku memang kena terima hakikat..
yang semakin hari
aku semakin teruk dan lemah..
Ya Allah..Kuatkanlah Semangat dan Imanku Kembali..

Aku tak mengerti kenapa semakin aku cuba untuk berubah..
semakin kuat dan besar ujian dan dugaan dariNya..

Aku insan yang lemah..
Aku perlukan kekuatan tambahan untuk terus kedepan..
Suatu hari..masa itu akan muncul..
Mudah2an..aku sempat untuk berubah..



Tuesday, October 26, 2010

~ Kembali Pulang

Salam and Good Day

Alhamdulilah..makin sihat..
kembali pulang minggu ni..
kembali lemah..kembali kusut..
~ back to normal..

Minggu ni ada 3 test and 2 presntation..
Semoga aku dapat gagahi diri sendiri melawan ujian study ni..
adoi..cepat masa berlalu..waktu plak cepat betul berganti..


sedar tak sedar..dah 3 minggu berturut2 aku g KL..
3 minggu lepas ada Varsity Boat Race..
2 minggu lepas aku g umah abg aku..
minggu lepas ada prgm malam puisi..
erm..kalau kedah masuk final..dah tentu2 aku g KL lagi minggu ni..
nasib baik Kedah x masuk final..huhu.. :)
x pe..kedah x leh g final..tapi aku kena g Final..
Final aku 8-22/11/2010
lagi 3 minggu..cepatlah back to normal azrul
time is runnig out..

p/s: Hanya merancang...Broga Hill masih aku x tawan..suatu hari nanti..pasti akan aku sampai di puncak Broga Hill..


Friday, October 22, 2010

Hanya Merancang

Salam and Good Day

Alhamdulilah..Jumaat datang lagi..Penghulu segala Hari..

Nabi s.a.w bersabda: "Siapa yang berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka"


Mudah2an kaki kita berjalan di jalan Allah..
Rancanglah perjalanan kehidupan anda dengan betul..
Insyaallah selagi di landasanNya..
tiada apa2 akan berlaku..

Untuk menghilangkan stress di kepala..
minggu ni..aku merancang untuk ke...


"malam puisi dihayati, bahasa disanjungi"

first time nak g malam puisi cam ni..hope enjoy..
dan yang keduanya untuk minggu ni..xtvt aku ialah..


nak hike broga hill kat semenyih

dah lama aku x hike..so minggu ni..aku merancang untuk hike bukit ni..
Insyaallah..kalau diizinkan Allah..pasti dapat hike Broga Hill ni..

p/s: apa yang kita merancang..kadang2 x tertunai..tapi bersyukurlah..kerana Allah sudah merancang yang terbaik buat hambaNya..



Thursday, October 21, 2010

Berlalu jua

Salam and Good Day

Akhirnya..ia berlalu jua..pergi jua...
alhamdulilah..minggu yang padat berlabuh jua..
tetapi! minggu depan kembali padat dengan 3 Test 1 Presntation
ermm..sangat sukar untuk meneruskan..tetapi ku gagahi jua..
dalam minggu ni..bermacam perkara yang berlaku..
ku harap ia tidak berulang lagi..
Kecewa dengan diri sendiri!
kerana selalu melakukan perkara yang tak sepatutnya..
sampai bila ia akan terus diulangi..?
aku sendiri belum ada jawapannya..

Semoga aku kuat menempuh semua ni..
penantian bakal berakhir lagi setahun++...

Mampukah aku?

Salam and Good Day

Apa pun yang berlaku..aku kena teruskan juga...
Aku tak pasti..sama ada aku mampu atau tidak untuk menempuh ujian hari ini..
dah 2 hari...tak sedap badan..badan panas2..selsema..ermm..
Hari ni..Test Electrical Technology..petang karang presentation APK..
Sangat teruji..untuk test..aku x sempat nak study semua chapter yang masuk..
untuk presentation..slide masih tak buat..info masih belum dapat..ermm..

Mampukah aku menempuh ujian dan dugaan yang mendatang..
semoga aku terus kuat untuk meneruskan hidup..
Doakanlah semuanya berjalan lancar..
Semoga anda juga dipermudahkan segala urusan..

Wednesday, October 20, 2010

Harapan dan Impian 2010.2010

Salam and Good Day

Ya Allah..panjangkanlah umurku..jika hidupku ini Engkau berkati..

Hari ini 2010.2010 aku ingin memasang niat dan ingin mengejar apa yang aku mahukan...
Semoga suatu hari nanti..aku akan dapat apa yang aku inginkan..
Mudah2an Allah lembutkan hati dan jiwa aku...
Aku ingin benar menjadi salah seorang daripada mereka..
Allah telah buka pintu hatiku..selebihnya aku sendiri yang kena berusaha..
Ya Allah..aku nantikan detik permulaan itu..
Aku mahukan hari itu..

kesalahan adalah titik permulaan kearah kebaikan..

Tuesday, October 19, 2010

Teruskan Mendugaku!!

Salam and Good Day

Alhamdulilah..Syukur..Masih diberi kesihatan yang baik...

Ya Allah..teruskanlah mendugaku..
Supaya aku terus mengingatiMu..
Walaupun ku lemah..namun ku tetap harus tempuhi semuanya..

Aku redha dengan setiap DugaanMU..
Kau berikanlah aku Kekuatan dan Semangat untuk terus menempuh Kehidupan yang Fana ini..Ya Allah
Kau berikanlah aku Taufiq dan HidayahMu...

~ Take it easy..just follow the rule..

Monday, October 18, 2010

Hilang Berganti

Salam and Good Day

Dikesempatan yang ada..eloklah aku memanfaatkannya dengan menconteng apa2 dalam blog usang ni..

Hilang berganti..

Sesuai dengan situasi sekarang..
Allah telah menetapkan yang lebih baik buat diri kita dari semasa ke semasa..
Apa yang Dia hilangkan dari kita..Pasti Allah akan mengantikannya dengan yang lebik baik..
Bersyukur kepada Allah
Kerana ketemukan aku dengan Insan2 yang mempunyai kelebihan2 tersendiri..
Namun, x semuanya akan sentiasa manis..

"Dalam sebuah kebenaran dan kehidupan kadangkala mengandungi kesilapan"

Itulah kehidupan..Lumrah dan sebagainya..
Walaupun Pahit..tetap kena telan...

Kadang2..Pahit dahulu..Manis kemudian..
Walaupun sedih kehilangan seseorang insan yang amat aku hormati dan kagumi..
Aku harus dan patut bersyukur..
kerana..
Aku di temukan dengan insan yang amat menyayangi dan begitu mengambil berat tentang aku..

Semoga kedatangan Insan baru dalam hidup aku..
dapat
mematangkan dan menguatkan diri aku untuk terus hidup di dunia yang fana ini..


Suram

Salam and Good Day

Alhamdulilah...kerana masih lagi dapat menulis..
ermm..3 hari tanpa entry baru..pagi ni alhamdulilah..dapat menyambung penulisan di blog usang ni..
Agak suram..Agak kelam..Agak mendung..
Nampak gayanya..Kempen untuk anak yatim kali ni..macam x da sinar..
Aku x mampu untuk meneruskan kalau aku seorang diri..
Inginku meminta pertolongan dari sahabat2..tapi....
Biarlah mereka meneruskan perjuangan belajar mereka..aku tahu..minggu yang padat dengan test dan exam..
Dan zaman kegawatan pada hujung2 bulan
sama juga macam aku..Kewangan akan mengalami krisis pada tiap2 hujung bulan..
manakala..mood perjuangan seorang pelajar mula berkobar2 untuk menghadapi exam..
apa yang diharapkan..adalah sinar akan kembali walaupun dalam keadaan kesibukan begini..

Mudah2an..Kempen kali ni x sia2..aku ingin bantu golongan yang memerlukan..tapi aku sendiri masih x mampu dalam banyak perkara..Ya Allah..bantulah hambaMu ini...

Thursday, October 14, 2010

Kempen Pakaian Dan Kelengkapan Sekolah

Salam and Good Day

Jom support Kempen ni..
~ Setiap kebaikan akan dibalas..walaupun sebesar zarah..

Musim persekolahan sessi 2010 akan berakhir pada 19hb November ini dan sessi persekolahan 2011 akan bermula pada awal Januari 2011. Apabila bermula sessi persekolahan, banyak perbelanjaan perlu disediakan oleh para ibubapa dan penjaga untuk keperluan sekolah anak-anak mereka. Adalah dianggarkan kos keperluan untuk seorang anak di sekolah rendah sekitar RM 200 dan bagi sekolah menengah boleh mencecah RM 350 setiap orang.

Maka atas dasar keprihatinan dan kepedulian pihak Baitul Husna, kami menggerakkan kempen bantuan Pakaian dan Kelengkapan Sekolah. Kali ini kami mensasarkan seramai 300 orang anak yatim dan miskin yang akan menerima sumbangan tersebut. Lokasi anak-anak tersebut kami perolehi dari Perkampungan Bukit Sekilau, Perkampungan Permatang Badak, Kampung Nelayan Tanjung Lumpur dan Perkampungan Sungai Isap.

Setiap daripada mereka akan menerima sepasang pakaian lengkap sekolah ( termasuk tudung dan kasut), beg sekolah dan alat tulis. Kos anggaran bagi setiap penerima ialah RM 100 dan jumlah yang kami perlukan ialah sebanyak RM 30,000untuk menampung jumlah 300 orang penerima.

Justeru, kami memohon kepada para dermawan dan orang ramai yang prihatin dengan keperitan hidup insan lain untuk menyumbang kepada kami agar dapat mengagihkan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Segala pertanyaan boleh menghubungi Jawatankuasa Pelaksana Kempen ini iaitu ;

Pengarah Program      : Sdr Hilmi Mohd Noor (0162327061)
Timbalan Pengarah     : Sdr Ahmad Damanhuri ( 019-2263577)
Setiausaha                  : Sdr Ahmad Benzin (019-9335354)
Setiausaha Dana         : Sdr.Idris Ismail ( 010-4158960)

Pihak kami memerlukan sumbangan tersebut selewat-lewatnya pada 30hb November 2010 untuk tujuan pembelian kesemua pakaian dan kelengkapan tersebut.

Kami juga mengalu-alukan maklumat anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan persekolahan ini daripada para pengunjung blog ini(
http://baitulhusnabktskl.blogspot.com/)

Kami mengharapkan agar usaha ini dapat mengringankan beban yang ditanggung oleh para ibubapa atau penjaga anak-anak tersebut.Hanya Allah jua yang mampu membalas segala budi dan keprihatinan para penyumbang. Pihak kami hanya menjalankan amanah untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berkeperluan dan layak.

p/s: copy from baitul husna bukit sekilau blog..




p/s: kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang..x kisah seberapa jumlah wang yang ingin disumbangkan..anda bolehlah menghubungi saya (0134193951) atau terus berjumpa dengan saya..
Untuk pengetahuan anda semua..saya akan kumpulkan wang2 tersebut dan akan menyerahkan kepada pihak pengarah program pada satu tarikh sebelum 30 November 2010..Anda juga..boleh terus hubungi secara lansng dgn pihak program..untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

Untuk kawan2 yang berada diluar UMP ataupun Kuantan..Jika kawan2 betul2 berminat..kawan2 boleh bank in kan sumbangan kwn2 kedalam account saya..jika betul2 berminat blh cntct saya untuk no account..

tolong sebarkan kempen ini..
~  Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (Az-Zalzalah ayat 7)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”

~ Sahabat

Salam and Good Day

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.


Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.


Sahabat sejati menjadi pendorong impian.


Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Ya Allah..ketemukanlah aku dengan seseorang (sahabat) yang dapat mebimbingku kejalan yang diredhaiMu, 

Ya Allah..


Apabila hujan turun dengan lebat 
kita tak nampak matahari 
tapi hakikatnya ia ada
 begitu juga dengan sahabat
 Walau jauh di mata tapi dekat di hati.....

Wednesday, October 13, 2010

Dua a.k.a 2

Salam and Good Day

Dua..a.k.a 2..number 2 ni memang no kesukaan aku..ntah kenapa..
aku suka sangat no 2..dari zaman sekolah aku suka no 2 ni..
 antara yang aku ingt pasal no 2 ni..ada dua kot..
time sek dulu..f4 ke f5 dh x ingt..pernah la dapat no 2 kedudukan reslt exam dalam kelas sekali..
then lagi satu..time aku wakil sekolah main volleyball..jersi aku pakai jersi no 2..huhu..


14.10.2010
adoi..macam mna aku blh lupa tarikh lahir aku jatuh pada 2hb..masyaallah..ermm..mungkin sebab ni aku suka no 2 ni...huhu..

tapi..

malam ni..aku x nak cita pasal no 2..aku nak cita..pasal
2 benda yang aku teringin sangat nak pakai..

benda tu ialah JUBAH!!

1.Jubah Konvo


semoga impian ku untuk memakai jubah ni akan tercapai..

2.Jubah for muslim


semoga suatu hari..aku akan memakainya tanpa segan dan silu..

Dia Datang Lagi...

Salam and Good Day

Perjuangan masih belum selesai..
Doakan yang tebaik buat saya dan rakan-rakan..
Ombak badai..yang terpaksa saya harungi...
Jangan sampai karam ditengah lautan..

Test 2 and etc!!!

Presentation Kajian Kes & Submit Kajian Kes dan Perancangan aktiviti (14.10.2010)

Material and Energy Balace (18.10.2010)

Assessment BI (19.10.2010)

Presentation Project Elctric Technology (20.10.2010)

Electric Technology (21.10.2010)

Presentation Rancangan Perniagaan (21.10.2010)

Thermodynamic (27.10.2010)

Keusahawanan (28.10.2010)

Presentation BI (26/29.10.2010)

Mechanics (null)



Bacaan Al-Ma'thurat (null)


Lab Report (every week)

Tuesday, October 12, 2010

Sabak

Salam and Good Day


Ini gambar kenangan program sem 1..
ni gambar pemandangan kat kampung sabak,kelantan
yang tengah2 tu..umah family angkat aku..
aku rindu kampung sabak..aku rindu adik2 aku kat sana..
insyaallah..kalau ada masa dan umur panjang..pasti saya akan ke sana lagi..
berjalan2 di tepi pantai sabak..sambil di tiup angin petang..huh!
tu lah saat paling indah dalam program Jelajah Mahasiswa 1 Malaysia itu..
kalau ada lagi prgam cam ni..confrm aku join..tapi jangan sem ni la..huhu

Ya Allah..Kau pertemukanlah semula aku dengan keluarga angkatku di kg sabak ini Ya Allah..

Monday, October 11, 2010

Ermm..Eh!!

Salam and Good Day

Alhamdulilah..masih diberi nafas pada hari ni..

3 benda di saat ini sedang berfikir...

study..hari ni start kuliah minggu 12 kot..hihi..setelah seminggu x masuk kelas..ari ni..masuk kelas semula..semoga aku dapat catch up balik apa yg dah tertinggal..memohon jasa baik sahabat aku menolong aku seminggu dua ni..kalau x da dorang..mati la aku..
aku kena berubah cara study start minggu ni..ermm..eh!adoi..!

jiwa..ntah la..macam2 perasaan timbul..aku sendiri x faham..nak kata dah ready ada awek..eh!! bukan aku la..jiwa aku jd kacau sebab lain..mungkin aku x pernah rasa dihargai or rasa disayangi..kali ni..ada someone yang btl2 caring sal aku..that y aku rasa jiwa aku jd kacau..syukur Allah ketemukan aku dengan dia..


 our team!! UMP Canoe Team..Congrats

manage..bukan benda mudah..bukan perkara biasa..dalam kehidupan..setiap orang perlu manage..mungkin kalau diri kita sendiri yang manage hidup kita..x menjadi masalah..yang jadi masalah..bila orang manage kita..betul x??mesti rasa rimas and etc..nak buat cam na..lumrah hidup..
tapi apa yang sama nak cita pasal manage ni..ialah me as manager..something new yang aku buat dlm hidup aku..sebelum ni..x pernah pun jadi manager something..tapi 10 hari lepas..Allah mengujiku dengan aku as a manager..apa pun..ni pengalaman buat aku..mcm2 aku belajar..alhamdulilah..dh hbs pun tugas aku..

p/s: ada bnyk lagi fikir dalam kepala otak ni..

1 My Mom..
2 Next Holiday at PD 
3 Final Exam 
4 Raya Haji

errmmm...Eh!!

Sunday, October 10, 2010

10 Oktober 2010

Salam and Good Day


Tahniah Dr SMS

Setelah menggembara selama 10 hari..
hari ini 10/10/10 hari terakhir aku menggembara di tempat orang..
Alhamdulilah..pelbagai rintangan...dugaan..ujian yang aku tempuh..
kembara kali ni agak lain..
sambil menggalas tanggungjawab..sambil mencari ilmu Allah..
sambil mencari kawan2 baru..sambil mencari ketenangan yang diredhai Allah..
Semoga kembara kali ini dapat mengajar aku untuk terus hidup..
Thanks Allah..kerana memberiku kegembiraan..walaupun sebentar..
Oktober terus menjadi bulan yang istimewa buatku..
Semoga bulan2 seterusnya lebih baik daripada bulan oktober..

p/s: Tahniah buat my idol..Dr.Sheik kerana mendirikan rumah tangga pada hari ini 10/10/10
Tahniah juga buat my team members, UMP Canoe Club (Din..Azni and Fasha) kerana berjaya mengharumkan nama UMP(1 gold 1 silver in Varsity Boat Race 2010)..seterusnya team Kayak UMP..
tak lupa juga kepada mereka2 yang menyambut birthday hari ini..Kak Ilah..Izwan Hashim..n Puan Intan..

Saturday, October 9, 2010

AgendaNya..

Salam and Good Day

Alhamdulilah..hari ni berkesempatan untuk update laman usang ni..
'Kita hanya merancang..Allah yang menentukan'
tentu dan pasti..mesti semua orang pernah dengar kata2 ni..
itulah agendaNya..kita x tahu..apa yang akan berlaku masa kedepan kita..
apa yang kita harapkan..kadang2 Allah biarkan kita berharap begitu lama..
kadang2 apa yang kita tidak harapkan..sebaliknya yang berlaku..
itulah AgendaNya..kita tidak boleh menghalangNya..
sebaliknya..kita patut redha dengan apa yang berlaku..
mungkin itu adalah dugaan dan ujian untuk Hamba2Nya yang terpilih..
mungkin juga..Allah ingin menghapuskan dosa2 kita dengan memberi ujian2 dan dugaan2 kepada kita..

Apa yang ingin aku kongsikan adalah tentang pertemuan aku dengan beberapa insan ciptaan Allah..
pada tarikh 20 ogos yang lalu..Allah telah ketemukan aku dengan dia..hanya berhubung dalam maya dan sms..akhirnya!! selama 4tahun berkawan..berkenalan..berhubung..dan etc..Allah ketemukan aku dengan dia dalam satu program..Alhamdulilah..kemudian..pada 1 oktober yang lepas..Allah sekali lagi ketemukan aku dengan dia..Syukur..Allah ketemukan aku dengan insan yang sangat bermotivasi..dan sangat memahami aku..sentiasa menyokong aku..

Seterusnya..pada tanggal 16 september..insan kedua yang Allah ketemukan dengan aku..Alhamdulilah..selama 3 tahun mengenali sesama sendiri..Allah pertemukan aku dengan dia..
aku berharap..lepas ni masih ada jodoh dan rezeki aku untuk bertemu dengan dia..
dia seorang yang agak tegas..but sangat penyayang..sangat mengambil berat..

Dan akhirnya..semalam..8 oktober..Insan yang ketiga Allah pertemukan aku dengan dia..
selama 2 tahun lebih berhubung dalam maya dan sms..akhirnya..semalam Allah ketemukan..
sungguh beruntung..bila ada yang mengambil berat tentang kita..dia murah dengan senyuman..
hope kedepan aku masih dapat berjumpa dengan dia..rasanya tak puas berjumpa semalam..
masa begitu pantas..

Ketiga-tiga mereka ada persamaan...sebab mereka hadir dalam hidup aku sudah lama..wajar aku menganggap mereka seperti abangku sendiri..
semoga Allah ketemukan aku lagi dengan mereka..
thanks for being my brother..
thanks a lot..

Wednesday, October 6, 2010

~ Jika Mati lebih baik untukku..Matikanlah aku..Jika Hidup lebih baik untukku..maka teruskanlah Hidupku..

Salam and Good Day

Usia umpama harta..bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya.Harta yg berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih2kan. Begitulah usia yg berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaikan..

~ Ya Allah..Panjangkanlah Usiaku dan Ibubapaku..

Kemaafan Diterima!

Salam and Good Day

Memaafkan orang lain..amatlah mudah bagi diri ini..tetapi..untuk menerima kemaafan dari orang lain..amatlah memeritkan..Penantian suatu Penyiksaan..

Walaupun perit..kita tetap kena menerimanya..Walaupun Pahit..kita harus gagahi juga..
Ujian Allah..harus kita Redhakan..

Allah telah merancang sesuatu dengan Arif lagi Bijaksana..
Janganlah kita menidakannya..

Walaupun kesilapan itu kecil..
Ia tetap kesalahan ataupun kesilapan...
Kemaafan harus kita pinta..demi diri kita sendiri..

Alhamdulilah..kesalahan yang aku lakukan dulu..
telah dimaafkan oleh hamba Allah itu..
Aku bersyukur kerana dia masih memaafkan aku lagi..
walaupun sudah 2x aku melakukan kesilapan yang sama..

Jika orang lain tidak jemu2 memaafkan orang lain..Aku juga mesti begitu..
Walaupun sukar..aku mesti lakukan!!

Monday, October 4, 2010

~ Open House Imam Muda

Salam and Good Day

Alhamdulilah..time open house..aku dapat jumpa ngan 7 Imam Muda
Misi masih belum selesai sebab lagi 3 Imam Muda blum jumpa..
hope lepas ni..boleh jumpa..dengan keizinNya..Insyaallah..

Jom tgk gambarnya


pasangan ideal..moga berkekalan..dan dkurniakan anak yang soleh dan solehah


sama cantik sama padan..


balik baling nanti..azrul g umah k..


hope boleh umpa kat baling plak lepas ni..


sampai berpeluh imam muda adib..kui3


abg asyraf memang sempoi..luar n dalam fb sama je..kui3..jemput mai kuantan..x pun mai baling t


ustaz miril a.k.a abg miril akan terus mengajar..


imam muda aran..den suko kalau dia cakap nogori..hihi


bla..bla..bla...ada yang buat lawak.


Syukran kak yana n kak husna..


Naim and Naqib bersama Imam Muda Azhar dan Imam Muda Nuri..


p/s: umo panjang..ada jodoh..kita jumpa lagi..
thanks all..

Sunday, October 3, 2010

Syukur..Syukran..

Salam and Good Day

Alhamdulilah...Syukur..Syukran..
Thanks Allah..for giving me a chance..

Syukur Alhamdulilah..Doa dimakbulkan Allah..
Akhirnya dapat juga aku ketemu dengan Hamba Allah ini..
Dari bulan puasa hinggalah hari raya..nak sangat2 jumpa dan berborak.akhirnya tercapai..


Inilah Hamba Allah itu...
Sepasang suami isteri yang sama cantik sama padan

Actually..sebelum hari raya dan hari raya pertama..aku sudah bertemu..cumanya..x dapat berborak..kerana aku segan dan malu untuk menegur..dengan keadaan yang ku kira x patut untuk ditegur..maka aku mengambil keputusan untuk tidak menegur mereka..

Sehinggalah semalam(1/10/2010) di Presint 14,Putrajaya menjadi saksi bahawa Allah telah ketemukan aku dengan idolaku ini..Sungguh beruntung dan bersyukur..kerana sudah 3x bertemu..cumanya baru kali ini dpat berborak..walaupun tak berapa lama..tapi puas untuk malam itu..

Insyaallah..jika dipanjangkan umo dan diizinkan Allah..kita ketemu lagi..
kali ni..di rumahnya pula..di Baling,Kedah..


 Imam Muda Asyraf..sangat2 sempoi!



Sempat menyelit..kui3.. :)

p/s: masih menunggu gambar2 yang di snap oleh cikgu bee..
cepat la cikgu inas..azrul dah x sabar nak upload ni..hihi

Friday, October 1, 2010

Mengembara ke Kota!

Salam and Good Day

Doakan perjalanan saya selamat sampai dan selamat pulang..

Semoga aku mendapat ketenangan dan semangat kembali untuk terus hidup dimuka bumi Allah ini..

akan mengembara selama 10 hari di Kota..kemudian pulang dengan azam dan tekad yang baru..

Doakan saya..Syukran...