Friday, December 31, 2010

~ Kesinambungan

Salam and Good Day

Tirai makin melabuh..
Layar juga sudah diturunkan..

Berhenti sebentar
Rehat dan ambil angin
Kemudian..sambung semula
Dengan terus berfikir dan merenung

Yang mana belum bereskan
Akan ku tunaikan tanggungjawabku
Yang mana belum selesai
Akam ku tunggu sampai saatnya tiba

Janji janji manisku harus ku tepati
Bukan sekadar janji..akan ku turuti
Insyaallah..mohon doanya dari semua k..
Selamat Tahun Baru 2011 dan 1432H

Thursday, December 30, 2010

~ Peluang Seterusnya

Salam and Good Day

Dulu Imigresen..
Kumudian Kastam


Sekarang!! Peluang seterusnya ialah Maritim
Akan ku cuba sedaya Upaya untuk menempatkan diri dalam sektor awam
Biarpun ada Suara2 yang menghalang aku..
tapi aku pasti..aku harus juga membuat pilihan sendiri
Aku tahu..Suara itu suara yang baik..
tapi sampai bila aku harus begini..
aku percaya kalaupun aku membuat pilihan yang salah...
di kemudian hari akan ada juga sinar untuk ku..

Jadi..tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku dalam perjalanan kehidupan aku :)

Doakan kejayaan saya..Anda juga..May Allah with You aLL!!

Wednesday, December 29, 2010

~ Saat Ini

Salam and Good Day

Saat ini..fikiranku melayang2
Terkenangkan nasib badan..
Merenung masa depan..

Entah bila saat itu akan datang..
Entah bila waktu itu akan muncul..
Entah lah!!!

Kadang2 malas nak memikir..
tetapi kita harus juga memikir..
Kadang2 kita happy..
Kadang2 kita sedih..

Hidup ini indah kerana ada
happy dan sedih!!
Hidup ini lagi indah kerana ada
Kamu semua..

Cukup disini!!
Selamat Sumuanya!!

29122010
0124
Via iphone

Tuesday, December 28, 2010

GengSetar Reunion + Kenduri Kedara at Kuala Kangsar The Royal Town

Salam and Good Day

Kali pertama menjejaki kaki di Kuala Kangsar
Aman dan damai hatiku berbisik
Indah sungguh Bandar Diraja ini
Ingin ku singgah lagi disini suatu hari nanti

Kali pertama bertemu insan baru dalam duniaku
Tiada yang berbeza..sama seperti sebelumnya
Tiada jurang antara kami..
Semuanya seperti sudah mengenali sekian lama

Alhamdulilah..ukhwah yang terjalin..
Makin bertambah keakrabannya..
Semoga jalinan kasih ini berpanjangan..
Sampai bila pun..ikatan ini akan tersimpul!

Dari jauh kami datang..singgah sebentar di utara
Pulang semula ke Ibukota setelah 2 hari berkampung di Kuala Kangsar
Berat hati untuk meninggalkan intan permata
Bagaikan hilang seutas rantai berharga

Pahit..masin..masam..sudahpun mengalir..
Yang kekal hanyalah yang Manis sahaja
Biarpun pelik jadinya..
Usahlah risau kerana ia sudah terlakar diukiran minda..

KKBDR 26122010
0100 

Some pics from Kuala Kangsar The Royal Town


diriku sebatang lampu


santekk x??


pertemuan pertama


i'm ready for eat!!


kak naina bersama emon


Somellnyaa....


Resort Sungai Perak


Jejaka Kg Sg Siput




Owh.seMarttnya :)


GengSetar Reunion


Me with Abg Iwan and Abg Zaer


Me and Abg Poji


Me and Abg Ejat


GengSetar with Ina Naem and Suhaimi


Keenakkan mamm Laksa Utara

Visit Kuala Kangsar 2010










Malam Terakhir


Santapan Malam


Pasangan Duet

Last Day at Kuala Kangsar


Selamat Pengantin Baru


Mamm leklok anak2 Abudin


Anak Dara Abudin


Auuuwww


Perjalanan Pulang




From Kuala Kangsar to Kuala Lumpur..Lot of Love <3

Alhamdulilah..Great Moment..
Kenangan Terindah Hujung Tahun 2010
Kegembiraanku bersama Gengsetar terpancar..
Thanks a Lot Guys!!
Because Make Me Happy!!

Friday, December 24, 2010

~ Untukmu

Salam and Good Day

Dah lama terbuku dihati untuk menulis luahan ini..
Cuma setiap kali ingin menulis..
mood untuk menulis itu kian pudar dan semakin memudar..
Malam ini..mood itu tiba2 muncul..jadi..aku terus menulis..

‘Semakin ku mengenalimu..semakin aku ingin bersamamu’
Namun masa semakin suntuk untuk ku terus bersamamu
Ku merasakan rugi kerana hanya dapat mengenalimu dua bulan yang lalu..
Kenapa tidak 2 tahun yang lalu..???

Banyak perkara yang ku pelajari selama mengenalimu
Bertuah kerana dapat mengenali keluargamu
Tidak semua orang bertuah sepertiku
Diterima baik dalam keluargamu

Mengetahui masa silammu adalah pedoman buatku
Masa silammu banyak mengajarku dalam kehidupan
Ku harapkan dia tak terjatuh lagi
Ku doakan dia terus melangkah kedepan tanpa perlu menoleh ke belakang

Pesanmu sentiasa ku ingati..Ku sematkan di dalam hatiku
Jangan risau bila sudah berjauhan kerana kau tetap dekat dihati
Detik itu pasti akan muncul..saat itu pasti datang
Bersedialah dari sekarang

Kita hanya mampu merancang
Dia akan menentukan
Berdoalah agar semuanya berjalan dengan lancar
Tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidup kita

Banyak nasihat dipesan oleh ibumu
Banyak pedoman dari kisah hidupmu
Banyak cerita wajar dikongsi
Banyak janji harus ku tepati

Maafkanlah daku kerana menulis kisahmu dalam diari hidupku
Sesungguhnya insan yang ku sayangi akan ku hargai
Terima kasih kerana banyak berjasa dalam hidupku
Sekali kau hadir dalam hidupku..maka sampai bila2 pun kau akan tersemat dalam hidupku

Sunday, December 19, 2010

~ Ku Gagahi Jua

Salam and Good Day

Alhamdulilah..mood tu terus melekat..
Memang sukar untuk kita tempuhi ujian demi ujian..
Namun, kita harus gagahi jua..


Dalam kesempitan masalah..
kita sering didatangi suara2 memohon pertolongan dari sekitar kita..
walaupun kita sendiri berdiri tidak stabil
namun..kita harus ingat..ada orang yang tak mampu untuk berdiri..
jadi..disinilah..kita diuji..
kita memilih untuk berdiri tegak dahulu 
atau
kita mahu orang yang tak mampu berdiri itu 
berdiri dahulu kemudian baru kita betulkan kestabilan kita??
anda pilih!!

pengalaman mengajar saya..
supaya..bantu dan tolong orang itu dahulu..
dan kemudian barulah stabilkan diri kita..
agar suatu hari nanti..bila kita juga tak mampu untuk berdiri..
ada orang yang akan hulurkan bantuan untuk kita..

hidup ini kan umpama RODA..
jadi fikir2 kan dan renung2 kan k

Picnic with Family at Kemesah 12122010

Salam and Good Day

Lama sudah aku berehat..
dari pagi..terasa ingin update..tapi mood kemalasan tu mengatasi segalanya..
tajuk2 new entry sudahpun aku save dalam note handsetku..
tunggu masa sahaja nak update..cuba melawan dengan sifat malasku..
akhirnya..aku berjaya jugak update entry baru..
cukup aku membebel!! hihi

After holiday kat Port Dickson..
Mafia Family ke kemesah plak..
kali ni..mandi manda and picnic..

Hari itu..kepenatan tak dihiraukan..
keseronakan jelas terbukti 
pada setiap wajah mafia family..
diri ini kadang2 terasa asing..
kenapa aku tiba2 muncul dalam mafia family
siapa aku dalam mafia family..
mohon kemaafan andai kehadiran ku tidak disenangi..
apa pun aku bangga dapat mengenali mafia family..
tak akan ku lupa kasih dan budi kalian..
sekali ikatan dah tersimpul..
ku harap ia tak akan terputus..

Some pics from Kemesah



Selamat Datang ke Warisan Rimba


nice view at pool!


air yang mengalir tenang di kemesah




seribu satu kenangan bersama mafia family




selamat datang ke rumah pak haji




welcome2




wirawati negara



Dania Konia


again!


birthday celebration for dania..tasha..intan..and didi




projek mendalamkan sungai




dania and her mom




mafia family




dah mau balik..




Small Shop




last view from me


Kenangan yang lalu akan ku simpan rapi dalam kamus hidupku
walaupun ku terjatuh ketika berjalan..
ku pasti akan ku gagahi jua bangun dari kejatuhan itu..
terima kasih sahaja yang mampu ku lafazkan setakat ini untuk mu 'mafia family'