Wednesday, March 23, 2011

~ Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum and Good Day


Di Pawagam 19 Mei 2011

Ku menanti dengan penuh sabar..
Ku menanti Nur dijiwa Amina..
Ku menanti Nur Kasih dari Kabir Bhatia..
Ku menanti dan terus menanti..

Ku juga menanti Nur dari Allah kepada ku..
Ku juga menanti Iman dari Hidayah Allah untuk ku..
Ku menanti segalanya yang baik dari sekitarku..
Ku menanti semua impianku dengan penuh sabar..

Nur..Aku perlukan kamu..
Nur..yang ku cari! 

~ Bukan Senang

Assalamualaikum and Good Day

Bukan senang nak senang..
Bukan susah nak susah..

Memilih..
satu perkara yang tak mudah untuk dilakukan..

Pilihan..
susah untuk aku memilih dan membuat keputusan..

Terpilih..
menjadi pilihan orang,bukanlah indah selamanya..

Aku masih memohon doa agar Allah memberi jalan yang terbaik buatku..
Menjadi orang yang terpilih..dan harus membuat pilihan..
dua perkara yang amat berbeza..

Dalam kesibukan duniaku..
Aku mencuba untuk menjadi yang terbaik..
Thanks kerana memilih aku..dan menjadikan aku sebagai pilihan anda..


~ Jatuh Bangun dan Rebah

Assalamualaikum and Good Day

Lama menyepi..sibuk menyibukan diri..
Sengaja hilang mencari ketenangan di dalam alam flora dan fauna..
Bila kita betul-betul inginkan ketenangan..
Kita pasti akan mendapatkannya..percayalah..
Buatlah apa yang bagus untuk diri sendiri..
Selagi ia tidak bertentangan dengan syarak dan agama anda..

Jatuh Bangun Rebah kita hanya kita yang tahu..
Kalau kita terjatuh..cubalah bangun semula..
Bila kita dah berdiri..jangan sampai kita rebah pula..
Bila kita rebah..cuba dapatkan pertolongan dari orang sekelililng..
Memang aku akui..agar sukar bila kita sudah terjatuh rebah di bawah..
Kawan bila senang memang banyak..kalau kita susah..sorang pun susah nak jumpa..

Untung tuan badan..sebab aku ada banyak orang yang caring..
Tapi kadang-kadang sebab dorang terlalu caring jugak lah kita akan terjatuh..
Bukan apa..kita tak mampu nak puaskan hati semua pihak..
Malahan nak jaga hati mereka sorang-sorang..
Aku hargai semua orang yang caring tentang aku..
Tapi tu lah..aku bukan sempurna yang diharapkan..
Aku tak mampu nk ikut semua nasihat dan teguran dari semua pihak..

~ Aku jatuh..aku bangun semula..kalau aku jatuh lagi.memang aku terus rebah sembah bumi..


Thursday, March 10, 2011

~ Happy Birthday Abah!!

Assalamualaikum and Good Day

Esok.. 11/03/2011
Ulang tahun kelahiran abah yang ke 52 tahun..
Seumur hidupku..aku tak pernah sambut birthday abah ku sendiri..
Insyaallah..1 day..akan aku raikan abah aku..

Semoga abah panjang umur and murah rezeki..
Hope abah akan menjadi insan contoh kepada kami..
Baik Buruk abah..abah tetap abah kami..
Doa dik yo..sentiasa bersama abah..

Maafkan kesalahan dik yo..
Kebiadapan dik yo harap diampunkan..
Bukan dik yo pinta untuk berbuat demikian..
Tetapi..keterlanjuran kata-kata dek kerana nafsu yang gila..

Abah..Suatu hari nanti..
Yo harap impian yo akan tercapai..
Abah is a part of My Life..
Abah tetap Abah Kami..

~ Happy Birthday Abah..

Sunday, March 6, 2011

~ Semangat!

Assalamualaikum and Good Day

Hari minggu..hari ni hari sabtu..
tak buat apa dalam bilik..hanya tido dan mengemas bilik yang macam sarang tikus ni..
bila mengadap laptop..macam-macam fikir..
antara yang paling critical..pasal SEMANGAT!!

Mudah sangat Datang dan Cepat sangat pergi!!
Tolonglah Ada dalam Aku Lama-Lama sikit..
Aku baru nak mulakan kerja..Semangat pun Lariii..
hrmmmm..Kalau macam ni susah la aku...

Ya Allah..Aku memohon kepada-Mu
Kembalilah Kekuatan Semangat Kepadaku..
Aku perlu itu..aku mahukan itu...
Ya Allah..Kau tempat aku bergantung..

Hari demi Hari..Niat itu sentiasa ada..
namun..bilakah aku sebetul-betulnya akan melakukan itu..
Aku harap..aku tak akan putus asa,,
Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi..

Aku harap..Kapal ini..terus belayar hingga ke Destinasinya...
Masanya semakin hampir..sudah semakin dekat..
SEMANGAT!! Aku perlukan kau!!

Thursday, March 3, 2011

~ Lepak Petang

Assalamualaikum and Good Day

Cuaca di sekitarku semakin panas..
Volume '5' untuk kipas angin dalam bilik 
tak cukup untuk menampung kepanasan aku

Petang ni..hanya lepak sorang-sorang dalam bilik..
sambil makan 'Young Tou Fuu' pasar malam Gambang..
macam-macam terfikir..
ada yang senyum..ada yang masam..ada yang berkerut dahi..hahaha

Kuah Young Tou Fuu ni plak tak sedap..aishhh..
potong feeling betul..!!
Malam ni ada satu 'test' tapi boleh relax makan young tou fuu lagi..haha
test-test jugak..makan perlu jugak kan..hahaha

imej baru gua..botak keunggulan masa kini..
ayn: kalau x suka gambar ni masuk dlm internet jgak..gtau aku k..hik3 :)

Hanya tersenyum bila terfikirkan keseronokan yang dikecapi oleh orang sekeliling
namun..tak pulak aku terfikir masalah mereka disebalik kegembiraan itu..
Hati aku mudah untuk terfikir kerisauan..
macam-macam risau..macam-macam takut..
tapi..so far..aku masih bertahan..Alhamdulilah..

Namun aku lebih suka bila terfikirkan masa depanku..
membayangkan dimana aku selepas ini..5tahun akan datang..
adakah aku sudah berjaya? atau masih belum ada hala tuju..
namun yang pasti..aku ingin punya kehidupan yang bebas..

hari ini..aku menulis didalam diariku..
petang yang sunyi ni..sambil dengar lagu 'never again' by Justin Timberlake..
aku simpan kenangan dan memori ini..supaya 1 day..
bila aku bukak balik kamus diari aku ni..aku boleh tergelak sorang-sorang

kehidupan yang sementara..
apa yang aku perlu buat untuk kehidupan yang hanya diibarat seperti pentas lakonan ni..
misi dan visi harus aku capai..supaya kelak boleh menjamin aku di masa hadapan..

mencuba untuk bertahan dan terus bertahan..
mencuba untuk terus menulis dan terus menulis..
mencuba untuk menjadi lebih baik dan terbaik..

fikiran petang ku terus melayang hingga menimbulkan hasrat yang begitu banyak..
suatu hari..aku ingin...ada itu dan menubuhkan ini..
mahu membela kaum itu..dan menjaga kaum ini..

sebelum aku terus berangan dengan fikiran aku yang melayang ni..
better untuk aku makan young tou fuu yang agak sedap ni bagi habis cepat2
dan terus g mandi..lalu siapkan diri untuk test malam ni..

"Walaupun aku terfikir aku salah langkah..aku harus dan tetap tamatkan misi ini..next time fikir betul-betul sebelum membuat satu-satu keputusan.. I Konw I Can!! "

Wednesday, March 2, 2011

~ SENDIRI TANPAMU

Rindu yang bermain di jiwa
Menggoda musim sepiku
Mengheret aku tenggelam
Dalam menungan yang panjang

Kepedihan ini
Menikam tajam hari-hariku
Detik waktu yang ku tunggu
Tanggungan derita
Penuh lara

Mestikah aku rebah
Tika belati tajam berbisa
Menusuk tubuhku

Mampukah aku berdiri
Saat keseorangan begini
Sendiri tanpamu
Menghadap hidangan duka
Berpanjangan

Mampukah aku bersuara
Andai jeritan batin ini
Terpenjara diruang kamar tertutup
Tanpa simpati sesiapa

Sejuta sendu yang engkau tinggalkan
Di depan mataku
Sejuta resah menangani langkahku
Adakah hanya sebuah ilusi bagimu?

Kenangan demi kenangan
Bersamamu dulu
Mengusik resah jiwaku
Mampukah aku
Menghapus semua cerita ini
Mampukah aku
Mengusir detik seindah
Musim bunga berkembangan di taman...