Tuesday, May 22, 2012

All About Mom Instagram Contest

Semua orang mahu MENANG!!

Kali ketiga saya mencuba!
tapi kali ni agak berbeza, sebabnya ini contest berkaitan 'ibu'
niat hati untuk melancong bersama ibu tercinta sudah lama dipendam!
tiada peluang, tiada kesempatan, tiada duit menjadi penghalang!

gambar penyertaan: with my lovely mom!


Bila tahu ada contest ni..tak menunggu masa yang lama
terus buat apa yang patut! dengan harapan boleh menang
kalau menang nak bawak mak melancong naik kapal terbang
saat ni saya masih tertunggu-tunggu

all the contestant! 
thanks to all yang sudi LIKE gambar saya ;)


Monday, May 7, 2012

# I Think!!

Jika kamu mahu berjaya, jangan hanya melihat!
Jika kamu mahu berjaya, jangan hanya menunggu!
Jika kamu mahu berjaya, jangan hanya bercakap!

Untuk Berjaya saya mesti berusaha!!
Untuk Berjaya saya mesti mencuba!!
Untuk Berjaya saya mesti menerima!!

p/s: bila baca entry kat blog Tuan Rozmi Yunus rasa teringin nak jadi macam dia! tapi untuk jadi seperti dia bukan mudah macam ABC! Kena kuat usaha nih! dan saya percaya tak ada orang lahir terus boleh berlarii..So masa yang saya tunggu ni insyaallah pasti akan muncul!! 123 Start Berusaha! =)

Sunday, May 6, 2012

#Bisik Hati



Hidup tapi Mati


Pernahkah sedikit di hatimu
untuk melihat sakit batinku
yang merintih mencuba meraih
cinta kasih sayangmu, aku mendambamu!


Pernahkah terbersit di hatimu
untuk merubah sikap angkuhmu
yang selalu anggap ku tak ada
ku bagai angin berlalu, dimana hatimu?


Kau seperti patung yang tak punya hati
hanya diam membisu seperi orang mati
kini ku bicara tanpa basa-basi
kamu memang tuli buta mata buta hati
hidup tapimati, hidup tapimati :'(

#Hidup Tapi Mati



This song will be one of my fav song..penuh dengan makna yang tersurat..seolah-olah menanti jawapan dari hati yang tak sudi..

#Kata Mereka



Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. 

Cinta dapat mengubah Pahit menjadi Manis, Debu beralih Emas, Keruh menjadi Bening, Sakit menjadi Sembuh, Penjara menjadi Telaga, Derita menjadi Nikmat, & Kemarahan menjadi Rahmat.


PERPISAHAN TERMANIS ADALAH PERPISAHAN YANG TAK AKAN PERNAH TERJADI.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi Cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Permulaan Cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. 
Jika kau ingin mati maka tinggalkanlah Cinta tapi jika kau ingin hidup maka raihlah Cinta kerana adalah kehidupan.

#Perpisahan Termanis



PERPISAHAN TERMANIS ADALAH PERPISAHAN YANG TAK AKAN PERNAH TERJADI..


Video ni buat aku jatuh cinta dengan CC nii..dah tiga jam aku lepak..rasa macam tak mau balik rumah..walhal penat aku berlari pagi tadi pun belum habiss..