3tahun aku harungi dengan pelbagai ujian dan dugaan, sekarang aku menarik nafas lega setelah segulung diploma aku gengam. tidak cukup setakat ini, aku sedar aku harus punya segulung ijazah. Namun biarlah masa menentukan segalanya. Tuhan memberiku kelebihan sebelum aku sempat bergraduasi aku sudah diterima bekerja di Progressive Impact Corporation sebagai Juruteknik. Hari ini genap 3bulan aku bekerja. Semakin hari aku semakin lemah! Untuk hari ini aku tampil kuat untuk menulis setelah sekian lama aku menyepi. Rindu rasanya untuk terus menulis.
Rindu lagi aku kat mak aku sebenarnya. Terus ambik phone call mak. hampir 30min bersembang dengan buah hati, terasa macam nak balik esok pagi ja. tapi memikirkan aku harus hormati boss aku. aku perlu menahan rasa rindu itu sebentar. Bukan saja kita yang ada masalah, Ibu kita juga ada masalah. kadang-kadang tanyalah ibu kita ada apa-apa masalah. Andai ada yang boleh kita tolong, maka ringanlah tangan kita. #rindunakmakansambalikanbilismak
Masuk part hujung minggu. Ya, setiap hujung minggu memang sudah ada planning. Sampai pening nak pilih yang mana satu. Marathon antara pilihan hati. Serata tempat aku berlari. Mungkin 2013 aku patut lebih selective. Ignore apa orang nak cakap as long i'm happy to run. Walaupun aku berlari 6jam 40min aku tetap Podium! So aku dah buktikan kepada diri sendiri yang aku juga boleh. So untuk minggu ini aku masih berfikir samaada mahu jadi sukarelawan untuk Putrajaya International Triathlon ataupun aku nak ambik bahagian dalam rancangan Game Show Akua Ekstrem Tv2 tu! *still thinking.
21tahun 8bulan mengenal apa itu dunia juga apa itu hidup, dalam rencah kehidupan aku masih tercari-cari apa yang perlu dan aku sentiasa melebih-lebih dengan apa yang aku mahu. Dalam keadaan sekarang aku harus lebih matang dan juga harus lebih bijak.