Tuesday, November 10, 2009

REaliTI KehIDupAN..

Bismillahirahmaniraheem..




Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa
akan diberi musibah,ujian atau masalah
hidup didunia yang sementara ini.Tipu
jika seseorang itu berkata yang dia
tidak pernah ditimpa musibah. Setiap
orang ada masalahnya tersendiri,Allah
uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi
sebabnya adalah sama. Allah menguji
seseorang itu kerana Allah swt mempunyai
rahsianya tersendiri,sama ada Allah
hendak tambah iman kita atau hendak uji
sejauh mana keimanan kita. Dan kerana
sesuatu ujian itulah yang membuka mata
hati kita,yang mendidik kita supaya
jangan mudah putus asa dalam kehidupan
yang bagaikan bahtera dilautan yang
penuh dengan onak duri,ujian juga dapat
mematangkan kita.



Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
mempersoalkan kepada Allah swt kenapa
kita diberi ujian yang berat sebegitu
sekali sehingga kita terlupa pada siapa
yang perlu kita mengadu segala masalah
kita, pada siapa kita harus minta
kembali kekuatan kita. Astagfirullah,
lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak
redha dalam menghadapi ujian yang Allah
beri terhadap kita. Jika kita anggap
diri kita ditimpa musibah yang besar
kita hendaklah ingat bukan kita sahaja
yang mengalaminya,mungkin ada
sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah
kita yang lain menghadapi musibah yang
sama bahkan lebih teruk atau lebih besar
dari kita.



Bukankah,Allah telah berkata dengan
jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak
akan sekali-kali menguji hambaNya diluar
kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat
dalam menghadapi ujianNya jadi Allah
berikan ujian itu ke atas diri kita. Di
sini kita dapat lihat betapa sayang dan
kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana
Allah benci kepada kita tetapi
percayalah yang Allah sangat kasih
kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya
tidak pernah hendak bersabar dalam
menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah
aturkan yang terbaik buat kita kerana
setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan
ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja
yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia,
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang
mengetahui rahsia kehidupannya. Jika
rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah
SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Dan
jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke
arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa
ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Jadi seharusnya apa yang perlu kita
lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah
lah tempat kembali segala masalah yang
sering membelenggu diri kita. Jangan
malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu
diingatkan yang Allah tidak pernah jemu
mendengar rintihan hambaNya, Allah itu
Maha Mendengar.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta
kita yang menguasai seluruh alam, yang
memegang hati-hati kita. Disamping
berdoa perlulah kita berusaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak
kuat hendak hadapinya tetapi cubalah
bangun! Usah tewas dengan hasutan
syaitan, cari kembali kekuatan kita
kerana kekuatan itu ada dalam diri kita
masing-masing. Yakin dengan diri,
kuatkan azam dan cita-cita. Usah
tonjolkan kelemahan kita pada syaitan
kerana syaitan tidak pernah berhenti
menghasut agar kita lemah-selemahnya.



Jika rasa tidak kuat, carilah
sahabat-sahabat yang sentiasa memberi
kata-kata semangat kepada kita dan bukan
sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah
pentingnya sahabat kerana kita tidak
mungkin bisa hidup berseorangan.



Kita perlu tahu selepas ujian itu
selesai, satu lagi ujian akan datang,
maka bersedialah dalam menghadapi ujian
yang seterusnya. Untung bagi mereka yang
selalu diberi ujian tanda Allah swt
sayang padanya. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang sentiasa redha
tas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa
yang ditetapkan untuk kita itulah yang
terbaik!

Monday, November 9, 2009

tWiNs....

salam n good day..


aku suka tgk twins...


ntah la napa...suka sgt..n aku harap nanti bila aku dah kawin..aku nak mintak doa kat ALLAH supaya aku dapat anak kembar..x kisah laki2 ka..pompuan2 ka..laki-pompuan ka..huhu

who like twins??

what your opinion about twins??

HaPpY BiRtHdAy tO u All...

to u all...


abg adam..


kak putri..


nadirah..


tou

8/11/2009-happy birthday yang ke
20(abg adam)
20(kak putri)
19(nadirah)
18(tou)

semoga panjang umo n murah rezeki k..
moga cemerlang dalam kehidupan..amin3x..

abg adam..
semoga terus berkekalan ngan kak ilah
semoga terus ke jinjang pelamin k..
semoga abg terus sukses dalam sukan hoki abg..
semoga abg dapat menjadi seorang cikgu yang berjaya..
semoga abg diberkati dan dirahmati ALLAH..

kak putri
semoga terus berkekalan ngan abg mat k..
semoga terus ke jinjang pelamin jugak..
semoga kak put terus sukses k..
jangan lupa ayo..
may ALLAH bless you...

nadirah
semoga ko bahagia ngan orang tersayang..
semoga ko berjaya jadi doktor..
semoga sukses kat mesir..
nanti sakti aku cari ko k..huhu
semoga kita terus berkawaan..amin3x..
may ALLAH bless you..

tou
hai tou..wish u panjang umo n murah rezeki..
thanks for everything..
may god bless you...

MATHEMATICS 1

salam n good day..

erm..aku ni x habis2 dalam kepala otak aku ni asyik pk MATH ja...
aku x tahu la napa aku asyik memeningkan pala aku ni dengan sbjct ni..
actually aku memang minat math n kimia time sek..tapi bila dah masuk u ni..lain plak rasanya..
ntah la aku pun x faham..tapi td final exam paper MATH..aku x leh buat..
aku dah stdy soalan2 lebih kurang soalan final tu..tapi still aku x leh jawab...
stdy bagai nak rakkk...mai final..bukak soalan semua formula lari..aponih??
erm..aku masih x boleh cary MATH kat sini..TOLONG AKU!!!!

aku harap pointer aku untuk MATH ni..cukup2 makan..kalau x hbs aku..repeated la jawabnya..
aku x mau repeated..tapi kalau sem depan ditakdirkana aku boleh repair sbjct ni..aku nak..sbb aku x puas ati x leh jawab final exam td..

erm..sapa leh gtau macam mana nak hafal something..terus letak kat kepala otak ni..aku da masalah dgn sistem penghafalan aku ni...

Wednesday, November 4, 2009

REST FOR A WHILE!!

salam n good day..

i want to tell u all that i want rest for a while..

because i want stdy hard for final exam..

hope i can score in final exam..

after my final exam done..i will update my post..

so begin today..i will not open my blog..

sorry to u all..

hope u all enjoy..

Tuesday, November 3, 2009

sakit?

sapa x penah sakit??
macam mana sakit ni datang??
dari mana ia datang??
kenapa mesti sakit??
apa ubatnya??

erm...semua orang mesti pernah sakit kan..
aku pun x terkecuali..
aku sakit macam2..
sakit ati..sakit perut...
sakit pinggang...
sakit kaki...
dan sakit lain2...

aku risau sakit aku x boleh baik...
aku dah la nak exam...
kenapa time ni aku dapat sakit...??
aku harus kuat tempuh ni semua...
aku berdoa pada-Mu...sembuhlah penyakit ku....
amin3x...