Tuesday, February 23, 2010

PeNanTiAn BeRAkHir..

salam n good day...

ari ni ku harap membawa sinar yang baru buat ku di hujung bulan februari ini...
apa yang ku harapkan sudah pun bukan milik ku..
aku terima dengan redho..dan hati yang terbuka..
exam semakin hampir..aku harus trskan laluan sukar yang aku pilih ini...
test dan assgnmnt aku dah x len main2..
cuma da satu lagi penantian aku yang blum diputuskan..
SRM..tp aku mungkin mendapat khabar baik..cuma hitung..tunggu n lihat..
mungkin akan sama dengan SPA atau mungkin tidak..
kali ini..aku x dapat nak penuhi hajat mak aku tuk bekerja..but next time i will do for u mom..
just wait n see...your son..very great n success person!!!

Sunday, February 21, 2010

no title!!

salam n good day..


lama sudah x update blog yang basi ni...
tapi malam ni rasa nak tulis gak..
nak ja update blog ni..erm..sebab aku balik kg..so internet susah..kena g cc..so aku malas nak update..
malam ni aku update sebab aku dah balik UMP..n sebab aku x leh tido..nak ja tido awal..tapi x boleh nak tido..so aku on balik laptop n mula menekan huruf2 di keyboard ni..


cita seterusnya..
hati aku makin tenang..makin kuat..makin dekat ngan ALLAH..
aku rasa diri aku lebih baik dari sebelum2 ni..
aku harap aku blh trs kekal dengan sifat aku ni..
aku dah boleh terima apa yang terjadi..
kita x dapat melawan takdir ALLAH..
kita kena terima apa jua situasi atau dugaan untuk kita..


next story..
ari ni dah 21hb..aku x sabar nak tunggu ari esok..22hb..
ari yang aku tunggu2 selama ni..dari 6hb 01 2010..aku tunggu tarikh ni..
so hati aku makin berdebar..n makin memikir macam2..
kalau dapat...apa aku nak bt..
kalau x da rezeki..apa aku kena bt..
semua bermain dlm kepala..
aku harap ni rezeki aku..
kalau x da rezeki..aku tima ngan ati yang terbuka n redho..


wahai kawan2ku sekalian...
doakanlah aku mendapat kerja..
motif utamaku tuk bekerja adalah..aku merasakan sudah sampai masa dan waktu aku membalas jasa mak bapak aku..n aku rasa aku dah mampu tuk bekerja..aku harap..pilihan dan keputusan aku ni tepat..


p/s: doa senjata bagi kita..

Wednesday, February 3, 2010

AnGiN MaLaM..

salam n good day....

realiti kehidupan..lumrah hidup..takdir dan sebagainya..antara perkataan2 sememangnya femes...dari kacamata aku la..
walaubagaimanapun..memang aku akui semua tu benar..sebab apa yang kita nak x semestinya dapat..apa yang kita x nak kadang2 kita akan dapat...

ni angin siang..hehe..thanks wan 4 being my frenz dunia n akhirat..

malam2 yang sayu ni..aku nak g ambik angin malam di tepi2 pantai..huhu..x sabar nak g jerit kuat2 kat sana..
rasa cam puas kalau dapat luahan apa yang terbuku dlm hati..
ketika detik ini..aku rindukan semua sahabat2 aku..terasa macam nak berkumpul ramai2 malam ni..sambil bt bbq kat tepi laut n ambik angin malam..kan best??erm..sahabat2ku..jangan risau..aku sentiasa ada untuk korang..aku akan pastikan aku x kan lukakan semua hati sahabat2ku..blogger2..pelawat2 mari hayati satu luahan hati dari seorang sahabat saya..saya sungguh terasa..

BUAT TEMAN..

X TERASA BILA DIA PERGI,
TAPI SAYU BILA DIA X KEMBALI

MENCARINYA DENGAN HATI SUCI LEBIH INDAH
DARIPADA MEMILIKI TAPI X MENGHARGAI..
DIA DATANG TANPA SERUAN,
DIA PERGI TANPA ALASAN..

KEJARLAH DIA SEBELUM HILANG DARI PANDANGAN,
KERANA HADIRNYA ANUGERAH YANG TIADA BANDINGAN..

THANK YOU FOR THE GIFT OF...

PERSAHABATAN.

Saturday, January 30, 2010

Entah..

salam n good day..

ntah la nak tulis apa..tp macam rasa nak share ja apa yg ada dlm pala otak ni..
2 3 ari kebelakangan ni aku ni lain bebenor..org tido mlm aku tido petang..orang jaga siang aku jaga malam..

ntah la..napa aku letak gambar dia..

ntah tiba2 pk n rasa cam nak cuti ja seminggu untuk hilangkan tekanan
mustahil la kalau dpt cuti tu kan..

bersantai di tepi pantai..adalah percutian impianku..

ntah 2 3 ari ni..hidup aku memang x terurus dari segi..masa,study n bilik..
ntah kenapa..bila time free..aku selalu merenung masa depan aku..
tapi yang aku pelik...hari2 aku akan ckp x mustahil untuk aku dpt semua benda tu..tapi aku still x bertindak luar biasa..sebab aku dibelenggu oleh 1 masalah or 2 masalah mungkin..yang menyebabkan aku terbantuk untuk memulakan proses tuk aku sukses..

mungkin gambar ni sesuai ngan situasi aku sekarang

ntah kenapa..aku selalu diuji dengan masalah masa dan masa depan.. :)
jadual telah pun dibuat..tetapi still bermasalah sebab dalam 1 masa..kena buat 2 benda...tu yang paling tension..sebab dua2 perlu buat..
sal masa depan plak..aku masih berteka-teki sehingga suatu tarikh..
aku harap keputusan aku betul..aku berhak untuk menentukan hidup aku..cuma aku berharap keputusan aku betul dan x salah hitung..insyaallah..dengan berkat orang tua dan family..insyaallah aku akan berjaya..

maybe..ni la rupa lelaki bila mengeluarkan air mata..x senang untuk lelaki mengeluarkan air matanya..

ntah bila time sunyi n free...aku selalu terbayang2 orang yg aku sayang..n selepas tu kadang2 sampai mata masuk habauk...ntah la ter'emo' la plak..aku rasa setakat ni dulu..

Friday, January 29, 2010

Bismillahirahmaniraheem..

salam n good day..

inilah kata2 semangat yang aku selalu baca bila aku diuji oleh ALLAH..
kata2 ini sudah hampir setahun aku simpan di dlm satu laman sosial reunion sekolah aku..
mari kita sama2 renungkan..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa
akan diberi musibah,ujian atau masalah
hidup didunia yang sementara ini.Tipu
jika seseorang itu berkata yang dia
tidak pernah ditimpa musibah. Setiap
orang ada masalahnya tersendiri,Allah
uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi
sebabnya adalah sama. Allah menguji
seseorang itu kerana Allah swt mempunyai
rahsianya tersendiri,sama ada Allah
hendak tambah iman kita atau hendak uji
sejauh mana keimanan kita. Dan kerana
sesuatu ujian itulah yang membuka mata
hati kita,yang mendidik kita supaya
jangan mudah putus asa dalam kehidupan
yang bagaikan bahtera dilautan yang
penuh dengan onak duri,ujian juga dapat
mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
mempersoalkan kepada Allah swt kenapa
kita diberi ujian yang berat sebegitu
sekali sehingga kita terlupa pada siapa
yang perlu kita mengadu segala masalah
kita, pada siapa kita harus minta
kembali kekuatan kita. Astagfirullah,
lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak
redha dalam menghadapi ujian yang Allah
beri terhadap kita. Jika kita anggap
diri kita ditimpa musibah yang besar
kita hendaklah ingat bukan kita sahaja
yang mengalaminya,mungkin ada
sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah
kita yang lain menghadapi musibah yang
sama bahkan lebih teruk atau lebih besar
dari kita.


Bukankah,Allah telah berkata dengan
jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak
akan sekali-kali menguji hambaNya diluar
kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat
dalam menghadapi ujianNya jadi Allah
berikan ujian itu ke atas diri kita. Di
sini kita dapat lihat betapa sayang dan
kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana
Allah benci kepada kita tetapi
percayalah yang Allah sangat kasih
kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya
tidak pernah hendak bersabar dalam
menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah
aturkan yang terbaik buat kita kerana
setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan
ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja
yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia,
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang
mengetahui rahsia kehidupannya. Jika
rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah
SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Dan
jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke
arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa
ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

 Jadi seharusnya apa yang perlu kita
lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah
lah tempat kembali segala masalah yang
sering membelenggu diri kita. Jangan
malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu
diingatkan yang Allah tidak pernah jemu
mendengar rintihan hambaNya, Allah itu
Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta
kita yang menguasai seluruh alam, yang
memegang hati-hati kita. Disamping
berdoa perlulah kita berusaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak
kuat hendak hadapinya tetapi cubalah
bangun! Usah tewas dengan hasutan
syaitan, cari kembali kekuatan kita
kerana kekuatan itu ada dalam diri kita
masing-masing. Yakin dengan diri,
kuatkan azam dan cita-cita. Usah
tonjolkan kelemahan kita pada syaitan
kerana syaitan tidak pernah berhenti
menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah
sahabat-sahabat yang sentiasa memberi
kata-kata semangat kepada kita dan bukan
sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah
pentingnya sahabat kerana kita tidak
mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu
selesai, satu lagi ujian akan datang,
maka bersedialah dalam menghadapi ujian
yang seterusnya. Untung bagi mereka yang
selalu diberi ujian tanda Allah swt
sayang padanya. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang sentiasa redha
atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa
yang ditetapkan untuk kita itulah yang
terbaik!