Tuesday, August 31, 2010

Khas Buat Mu..

Salam and Good Day

Hari ni Genap 53 tahun Malaysia Merdeka..
Alhamdulilah..Syukur pada Ilahi Malaysia terus aman damai..
Khas buat mu dituju kepada Mu Malaysia dan Abahku..
Happy Birthday Malaysia...


Al-fatihah buat Leftenan Adnan
(ni bukan abah kandung aku k)

To My Father Si Baju Hijau..Jasamu akan dikenang..keranamulah ku bersemangat waja..keranamulah jiwa patriotik itu ada dalam diriku..sampai detik ini..aku masih menyimpan semangat dan hasrat untuk menjadi seorang pegawai tentera..Mudah2an cita2 aku akan tercapai..walaupun sekarang aku sudah tersasar..x mungkin suatu hari nanti..aku boleh menyarung baju si Hijau dan memakai paku di bahu..ku hanya berdoa..

JASAMU DIKENANG WAHAI PEJUANG2 KEMERDEKAAN NEGARA!!

Allah sahaja membalas Jasa kalian..

Salam and Good Day..

Pejam celik pejam celik..dah masuk fasa 3 Ramadhan..
Masa kian laju berputar pada paksinya..
Menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman berjumpa dengan bonda dan ayahanda tercinta..




keluarga Baitul Husna,Bukit Sekilau

Kepada golongan yang tidak berkemampuan jangan kita lupakan..
Bantu dan tolonglah mereka selagi kita mampu..
Jutaan terima kasih kepada kawan2 serta Kaunselor UMP kerana sudi meyumbang beras kepada golongan yang memerlukan..lahir dari lubuk hati saya yang ikhlas..saya cukup berbangga dengan kawan2 saya..dalam kesibukan test serta minggu2 kegawatan..mereka masih sanggup menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan..


penyerahan beras2 kepada en hisyam di baitul husna,bukit sekilau

Alhamdulilah..Thanks Allah..kerana membuka hati saya untuk mengurus dan mengatur program yang tidak seberapa ini..tiada perancangan yang dibuat..hanya sehari misi mengumpul beras dan duit di UMP..Alhamdulilah..saya dapat mengumpul sebanyak RM615.00 daripada jumlah ni..saya dapat membeli 27kampit beras..10 kampit untuk 5kg dan 17kampit untuk 10kg..satu pecapaian yang diluar jangkaan saya..saya mohon..selepas ini..walaupun bukan bulan Ramadhan..ramai lagi yang akan menghulurkan sumbangan..

Insyaallah..pagi ini pihak ABIM Pahang akan mula mengagihkan kepada golongan yang memerlukan sekitar Kuantan..Kita doakan supaya program agihan berjalan lancar...amin..
Insyaallah..jika dizinkan oleh Allah..pada masa akan datang saya mahu lagi meneruskan kempen yang baik ini..

Jika kita mahu dan sanggup..kita juga boleh turun padang ke rumah2 atau kampung2 yang memerlukan bantuan dari kita..jika kita bergabung tenaga..Insyaallah..program akan berjalan dengan baik dan mengikut rancangan..walaupun diri kita susah.. x sekaya orang lain..kita patut bersyukur kerana ada lagi orang yang lebih susah dari kita..sama2lah kita saling bantu membantu..


"Bersedekahlah kalian, karena sesungguhnya sedekah dapat menambah
harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi
kalian." (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 11)

Sunday, August 29, 2010

Jom Sumbang Beras sekampit!!

Salam and Good Day..


Jom beri sumbangan kepada yang memerlukan..
cuma sekampit beras..jom la kawan2..or wang tunai yang sama nilai ngan sekampit beras..
sapa berminat..boleh hubungi saya 0134193951 untuk UMP student sahaja..sebabnya saya akan berurusan dengan pengurus Baitul Husna,rumah anak yatim di bukit sekilau..kalau di luar pahang..anda boleh hubungi ABIM di setiap negeri..TQ..

Tolong Poslaju...

Salam and Good Day..

pagi2 ni aku malas nak membebel..kang panjang lagi entry aku..kui3..
just nak mintak tolong..sapa2 yang keje kat Pos Malaysia..or yang sudi nak tolong aku..tolong poslaju jap..blh x??aku terdesak ni..tolong poslaju benda ni..

hahaha..

kui3..kalau la ada perkhidmatan ni..aku orang pertama try..hahaha..best iklan ni..dah lama aku ambik gambar ni dalam surat khabar..baru ari ni aku post entry..rasa aku raya tahun lepas..
motif aku letak gmbar ni sebenarnya..aku dh rindu sangat nak balik kg..nak jumpa mak bapak aku..n adik beradik aku..rasa lama plak 2bulan x balik..kui3..

mood: menghitung hari..lagi 5 hari mau pulang..yahoo..

Benda Kecik tapi...

Salam and Good Day..

Di bulan yang penuh berkat ni..aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa..diam x diam dah nak habis fasa ke2..Syukur kehadrat Ilahi dengan Limpah-Nya kita masih lagi dapat bernafas seperti sebelum ini..

Tanggal 18 Ramadhan 1431H ada peristiwa berulang lagi..pisang dah berbuah banyak kali dah..ntah berapa kali daaa..aku pun x tau..nak panjangkan cerita..selepas aku berbloging and berfacebooking pagi tadi..roomate aku ajak aku keluar bandar lepas zohor..mula-mula aku x nak..sebab rasa ngantok nak tido and nak saving duit..sebabnya aku pasti..kalau aku keluar mesti duit aku akan aku beresi..kui3..memang terjadi pun apa yang aku kata..hahaha..x pa..x rugi pun..untuk aku jugak..

dalam pukul 2 lebih kot kitaorang pun gerak la ke bandar dengan menaiki sejenis kenderaan bernombor KAS****  kui3..sampai je bandar..terus kitaorang park kat Kompleks Teruntum..then berjalan kaki di bawah panas terik ke Kuantan Parade..huhu..masuk2..sempat g stop 5minit tgk movie Ong Bak 3..kat kedai CD kui3..hahaha..then lepas pusing2 Kuantan Parade..ada 2 benda aku nak beli..1 selipar tuk raya..then 2 jeans G.A Blue..erm..try punya try..pinggang besar la plak..harga dah OK..erm..then lepas tu..Henset aku brbunyi..roomate aku call suh turun bawah..katanya nak g ke Megamall plak..aku kata OK..then terus kuar KP then kitaorang ke Mega plak..

Sampai je Mega..x tahu nak pusing2 blah mana..aku pun ajak roomate aku masuk Parkson..pusing2 cari jeans untuk raya..tapi apa yang dapat..hampeh!!! harga mahal..style x lawo..x kena ngan jiwa..lain yang berkenan sebenarnya..Sweater Cun weii...harga RM99.00 tapi less 50%..nasib baik aku control nafsu aku..kalau x..habis r..mesti aku angkat!! pusing2 lagi..rasa mcm x da yang berkenan dah..so,kitaorang kuar Parkson g Reject Shop..kat sini roomate aku berkenan 2helai baju T..dia nak beli kat adik dia..tapi..dia x beli lagi..dia kata nak tengok kat East Coast Mall plak...so dengan pantas kitaorang pun blah dr Mega..

Kat ECM plak..aku pusing setiap level..tapi..x nampak yang berkenan pun..alih2..masuk Parkson lagi..nak buat cam na..yang tu ja aku nampak kat ECM..tanpa membuang masa..aku pun cari r jeans tuk raya..dah jumpa yang berkenan..cuma..harga AGAK r..huhu..aku pk panjang..sekali sekala x pa kot..harga mahal sikit..janji selesa n style!!so aku pun ambik r jeans G.A Blue..terus ke fitting room...

story for this entry pun bermula la...


nilah hset aku..tapi yang ni fresh dari kedai lg la..akunya dah buruk..kui3

kat sini la aku tertinggal harta benda aku yang kecik ni!!!huh!!gelabak bewak jugak aku dibuatnya..mana x nya..aku ni asyik pelupa ja..selalu tinggal hset..erm..aku sedar hset aku dah x da time kitaorang kuar ECM..time tu aku nak g Bank..roomate aku nak g kat trnspot..so..aku pegang poket suar aku..tut2 rasa kureng 1 benda..apa lagi..peluh kuar r..trs aku call roomate aku..kata aku naik balik..nak cari hset aku tertinggal..erm..aku call hset aku...rasa lega sikit sebab call dapat..naik je Parkson..terus aku g kaunter 4 tanya brother tu..'excuse me..ada nampak hset x??' dia pun jawab 'x da' sambil geleng2 kepala..apa lagi..terus aku lari ke fitting room...sampai je situ..terus aku tolak pintu..tengok2 ada kat atas kerusi..Syukur Alhamdulilah..Harta aku masih jadi milik aku..Sayang weii..kat hset aku..walaupun dah buruk..kui3..bnyk no2 penting..n gambar2 kenangan..kui3..tarik nafas lega aku lepas jumpa..terus aku turun bawah n call aku punya roomate..aku trs ke Bank..then lepas tu..kitaorang patah balik ke Mega

Sampai Mega..trs naik Reject Shop..and ambik baju..then bayar..x cakap banyak..sebab masa dah suntuk..kitaorang masih x solat asar..lepas siap bayar..terus kitaorang g surau Mega..solat2..then terus ke 


atas maybe dalam pukull 6++ kot..
bawah semasa berbuka puasa..



Padang MPK..untuk cari juadah berbuka puasa..ari ni kali kedua aku berbuka di Padang MPK tu..best gilaaa...tengah2 padang yang besar gitu..ramai2 berbuka puasa...memang meriah...berbuka berdua ja ari ni..di tepi padang yang sangat2 pack dengan manusia..macam2 ragam..lepas berbuka..kitaorang terus rushing ke Masjid Besar tuk solat maghrib..

lepas solat..kitaorang terus balik UMP..sampai UMP je..on9 fb jap..sempat balas 2 3 komen..terus ke Masjid UMP tuk solat isyak n terawih di sana..Kebetulan..lepas solat witir..ada ceramah ramadhan..oleh Ustaz dari Kelantan..bercerita mengenai Nuzul Al-Quran dan juga Malam Al-Qard..rasa tenang ja dalam majlis ilmu..lepas ceramah..kitaorang makan moreh..lepas tu..baru la kitaorang dapat balik bilik balik..huh!!sibuk sungguh aku ari ni..kui3..

p/s: jangan marah k..sengaja nak panjangkan cerita..kui3..moral of story..jangan jadi macam aku..pelupa..kalau sekali dua x pa g..ni kalau dah banyk kali macam aku ni..better gantung je hset kat tengok..kui3..hahahaha..

Saturday, August 28, 2010

Aku dan Imam Muda

Salam and Good day..

Lately..Malaysia menjadi tumpuan dunia dan juga serantau..kerana program realiti berbentuk keagamaan(IMAM MUDA) seumpama itu tercetus..Tahniah terutamanya buat Astro Oasis kerana berjaya menerbitkan sebuah program keagamaan yang menarik perhatian dunia..aura dan tempias sememangnya akan terkena pada aku..sebab aku sememangnya peminat rancangan realiti show x kisah lah..nyanyian ke..tarian ke..keagamaan ke..mahupun prgm realiti show yg berbentuk amazing race..semua aku minat..tapi..berbeza dengan prgm Imam Muda ni..coz memang lain dari yang lain..prgm pertama seumpama ini di dunia..that why i proud to be a Malaysian..bcoz nama Malaysia mula meniti di bibir peminat prgm realiti di seluruh dunia..termasuk yang bukan Islam..


Imam Muda pertama yang aku jumpa..thanks Imam Muda Nuri

Tidak ketinggalan aku..aku juga seperti orang lain..mengambil kesempatan selagi nyawa di kandung badan untuk bertemu dan berjumpa dengan Imam2 Muda ini..dari ujibakat aku sudah up to date about Imam Muda..hinggalah ke final Imam Muda..Apa yang buat aku lagi tertarik dengan program Imam Muda ni ialah salah seorang pesertanya adalah Anak Jati Daerah aku sendiri..daerah Baling tercinta..iaitu Imam Muda Hizbur Rahman..dan seorang lagi Imam Muda Azhar..Anak Kelahiran Padang Serai juga berasal dari Kedah..
Hal ini membuatkan aku lagi minat kat program ni..setiap hujung minggu..tepat jam 9malam..muka aku akan berada di hadapan TV..mak..abg..adik aku..memang x dapat la nak tengok cita or drama dorang sebab aku dan coop awal2..aku nak tengok Imam Muda..jika aku terlepas tengok aku akan cepat2 online youtube untuk tengok..sebabnya kat umah Kak aku x da Astro..tu la penangan Imam Muda terhadapku..

Hari demi hari..minggu demi minggu..bulan demi bulan..program Imam Muda pun sampai ke kemuncaknya..dengan harapan Imam Muda Hizbur akan menang..tapi rezeki berpihak kepada Imam Muda Asyraf..x kisahpun sebenarnya..sebab dua2 Imam Muda ni aku minat n sokong..walaubagaimanapun..Kesemua Imam Muda aku sokong..dalam minggu2 sebelum tamatnya Imam Muda..Timbul perasaan minat pada Imam Muda Nuri..bacaan ayat suci Al-Qurannya sangatlah merdu dan sedap..lagi satu time Imam Muda Nuri melaungkan aluan Azan semasa pembukaan kemuncak Imam Muda bersama Imam Muda Taufek..sangat2lah menyentuh kalbu..

Tamatnya program Imam Muda..orang Malaysia pun mulalah bercerita mengenainya..Orang muda menjadikan Imam2 Muda sebagai contoh..Ibubapa pula mula menilai dan memilih bakal menantu seperti Imam2 Muda..Orang dewasa perempuan pula inginkan seorang suami seperti Imam2 Muda..Semua menaruh harapan seperti Imam Muda..Kebetulan..tamatnya Imam Muda..Bulan Mulia Ramadhan Al-Mubarak menanti..rezeki mencurah2 Allah berikan kepada semua Imam Muda..sebabnya..mereka semua banyak menerima undangan dan jemputan dalam bulan ramadhan..Alhamdulilah..

Al-kisahnya nak bagitahu..sebab aku ni terlampau minat pada prgm Imam Muda ni..jadi aku pasang niat awal2 untuk bertemu dengan semua Imam Muda..kalau di izinkan oleh Allah..insyaallah ketemu..Sambil study di UMP ni..aku maanfaat segala peluang yang ada..sebagai contoh mudah..internet free..aku memulakan misi dengan meng'add semua  FB Imam Muda..


bergambar bersama Imam Muda Nuri di Masjid Hidayah,Permatang Badak,Kuantan

Dari sinilah..aku mula kenal dan rapat dengan Imam Muda Nuri..aku x sangka Allah temukan aku dengan Imam Muda Nuri..kebetulan aku merantau di negerinya Pahang..negeri lahirnya Nuri..aku sangat berterima kasih dan syukur pada Allah kerana pertemukan aku dengan Imam Muda Nuri..detik ini..sudah 4x aku bertemu dengan Imam Muda Nuri..


bergambar dengan Imam Muda Nuri di Masjid Bukit Setongkol,Kuantan

Memang diluar jangkaan..pendapat dan kritikan orang x akan sama dengan kita..itulah hakikat..sebab seorang Imam zaman ini..kita x akan nampak akan sentiasa berjubah dan berserban..x semestinya perlu berjubah or etc untuk mencerminkan seseorang itu Imam or seorang Ustaz..hakikatnya..pada Imam Muda Nuri..


Thanks Imam Muda Nuri kerana belanja kitaorang minum..

walaupun diluar dia seperti orang biasa..tapi bila dia berada di tempat dan masanya..kita akan nampak dia seperti Imam..itulah realiti sekarang..kita x salahkan cara Imam Muda Nuri..sebaliknya menyokong dengan cara dia begitu..Sebabnya..dengan cara itu..dia lebih mesra remaja or mesra alam dengan semua lapisan golongan or masyarakat..kita nak berdakwah..x semestinya perlu ada jubah n serban kan..sememangnya siapapun kita..kita x kan dapat puaskan hati semua orang..


with Imam Muda Azhar at Masjid Al-Khairiyah,Sri Gombak

Dari Imam Muda Nuri..Imam Muda kedua yang aku jumpa ialah Imam Muda Azhar..seorang pelajar seperti aku..seorang mahasiswa..dan seorang belia n remaja seperti aku..usianya sebaya umur abg aku..21tahun..tetapi ilmu agamanya power..detik sekarang..


bergambar bersama Imam Muda Azhar semasa program Anakku Hebat anjuran Rebutia Coparation Sdn Bhd di Sri Gombak

dah 2x aku berjumpa dengan Imam Muda Azhar..Alahmdulilah..Azhar seorang yang rendah diri..sama juga macam Nuri..seorang yang low profile..Masih berbaki 8orang Imam Muda perlu ku bertemu untuk ku capai misiku..

Di bulan Ramadhan yang Mulia ni..mereka semua Imam Muda sangatlah bz..undangan dan jemputan hampir setiap malam..Aku mendoakan mereka semua dimurahkan rezeki dan..dipanjangkan umur serta diberi kesihatan yang baik..supaya mereka boleh terus berdakwah..selain itu..ku juga berdoa agar Imam Muda Aran cepat sembuh dari kemalangan tempoh hari..masing2 diduga di bulan yang mulia ini..aku harap..selepas ramadhan..aku dpt ketemu mereka semua Imam Muda..insyaallah..