Wednesday, August 15, 2012

Terlepas


keheningan ramadhan kian menghilang
manusia semakin alpa
dunia menjadi sibuk

terlepas peluang yang jarang diberi
terlepas pahala yang sedang meniti
terlepas ujian yang jarang diuji

kisah ini aku pendam seorang diri
malam ini aku hadir untuk berkongsi
betapa ruginya aku melepaskan dia pergi

Kisah bermula...
10.08.2012

Selepas selesai iftar dan solat maghrib di Masjid As-Syakirin, KLCC. aku bergegas ke Suria KLCC
Dayat dan seorang kawan sedang menunggu aku untuk ke Masjid Jamek. Dalam perjalanan ke Suria KLCC, aku ditegur seorang pemuda yang kali pertama aku terfikir agaknya dia seorang perantau. Tapi hati keras aku terus mengata 'abaikan dia'. Maafkan aku wahai pemuda. Aku khilaf. 'Namun apa yang kau minta ketika saat itu sangat sukar bagiku untuk menghulur kepadamu'. Walaupun aku tahu kau lebih memerlukan dari aku. Hati aku masih penuh dengan bintik hitam. Maafkan aku wahai pemuda. Seingat aku, kata pemuda itu dia perlukan sedikit wang untuk pulang. Tanpa berfikir panjang aku terus mengangkat tangan dan menggeleng-geleng kepala, lalu aku terus berjalan dengan rasa angkuh! maafkan aku wahai pemuda. Tiada niatku untuk berbuat demikian. sejurus selepas itu, aku keluarkan rm3 dari poket dan terus menoleh kebelakang dan terus berlari mencari pemuda itu. dari jauh aku nampak dia sedang berjalan menuju ke masjid as-syakirin. aku terus berlari, namun, langkahku terhenti dek kerana pemuda itu sedang berborak bersama seorang lelaki. Dari jauh aku melihat mereka berborak, dan tiba-tiba lelaki itu menghulurkan bungkusan makanan kepada sang pemuda itu. Bukan hanya bungkusan makanan yang diberi, wang ringgit juga lelaki itu hulurkan. Timbul rasa kesal dalam hati namun aku hanya mampu lafazkan alhamdulilah kerana pemuda itu dipertemukan dengan seorang lelaki yang sangat baik hati. Wang kertas ditangan terus aku masukan semula ke poket. Dengan laju aku berlari semula ke Suria KLCC. Allah mengujiku. Allah menguji pemuda itu. Allah menguji lelaki itu.

Kejadian ini akan terus membuatku rasa bersalah dan rasa kerugian kerana melepaskan peluang emas yang dikirim Allah untukku dibulan yang mulia ini. 
p/s: Sebagai pengajaran, jika anda didatangi seorang yang daif dan seseorang yang memerlukan pertolongan anda, jangan berfikir panjang. ringankanlah tanganmu sesungguhnya Allah akan membalas dengan rezeki yang lebih luas.

No comments: