Tuesday, November 30, 2010

~ Sejuta Maksud yang Tersirat

Salam and Good Day

Sejuta..banyak atau sedikit??
Maksud..hanya satu perkataan..berkemungkinan mempunyai banyak maksud!!
Tersirat..sukar untuk mentafsir!!

Keceriaan wajah kita belum tentu membuktikan hati kita juga turut ceria..ketulusan tulisan atau kata-kata kita..belum tentu cukup untuk membuktikan apa yang ditulis adalah benar dan tidak benar..

Dalam Penulisan..Sejuta Maksud Tersirat didalamnya..!!

Adalah sukar bagi kita untuk membetulkan apa yang sudah benggok..
Ku hanya mampu berdoa..agar segalanya menjadi seperti biasa..

Bukan mudah untuk menagih simpati kasih sayang orang baru dalam hidup kita..
Kepercayaan tidak boleh dipancing melalui kata-kata ataupun melalui penulisan..
tetapi..apabila kita sejujurnya..menulis dengan hati yang ikhlas..
kata-kata kita pula disalah ertikan..

Bukan mudah untuk memastikan maksud penulisan kita sama seperti pembaca maksudkan..
jelas sekali dalam satu perkataan pelbagai maksud boleh kita tafsirkan..


~ Ku memohon maaf kepadamu andai kehadiran ku tidak disenangi oleh keluargamu..
Janganlah membelakangkan mereka..kerana mereka adalah anggota badanmu..
aku hanya insan biasa..hanya perhiasan dirimu..yang boleh ditanggal bila2 masa..
aku sayang kamu dan keluargamu..thanks a lot for everything!!

~ May Allah Bless You

Salam and Good Day

Alhamdulilah..walaupun penat masih tak hilang..
Allah masih izinkan diri ini untuk kesana dan kemari


~ Nur Jannah Muhamad

Petang tadi setelah terjaga dari lamunan mimpi..
mendapat satu berita..beritanya..
paddler jan ditahan di wad HTAA..
eerrmm..training sampai lebam..kui3..
kesian nya si jan ni..


So, petang tadi berkesempatan melawat dia di HTAA..
alhamdulilah..dia masih tersenyum..
actually..dia ditahan atas dua sebab..
satu suspek denggi..dan satu lagi sebab dia ada Apendix!!
alhamdulilah..dia tak kena denggi..


puasa dulu before operate..kesian jan..kelaparan

cuma..dia terpaksa operate sebab apendix dia dah teruk kot..
dari saat ini...bila2 masa sahaja dia akan di operate..
kami disini sentiasa mendoakan ko selamat and cepat sembuh jan..


kuatkan semangat..moga tabah menjalani ujian hidup..

Perak Salomon Suunto 12Hours Night Rogaining Navigation

Salam and Good Day


~ nama den tersenarai dalam Malaysia Book of Records..yeay2!

Tahniah dan Syabas atas penganjuran yang mencabar ni..
huhu..next year hope ada lagi..
saya mau balas dendam..


@ Menara Condong,Teluk Intan


Alhamdulilah..saya enjoy event ni..
lega sebab dapat skip training 3 hari..hahaha..


I'm Proud with UMP team's

Tahniah kerana membolot tempat Pertama.Kedua,
Keempat,Kelima,Keenam and 1 lagi team(team aku) in Top 10(maybe)
sangat2 bangga and gembira..


~ my team!!


walaupun team aku tak menang..
tapi team sepejuangan aku menang besar..
alhamdulilah..rezeki senior2 aku..
tak hairan..sebab dorang memang gila kentang(katang) hahaha..


Map No2 1:50000 (Base Point 2) 


berehat di pagi hari setelah tak terdaya untuk berlari dan berjalan..at CP23

ada hikmah disebalik kekalahan aku..
apa yang boleh aku kongsi..setiap perkara harus jujur..
kalau tidak..semuanya tak akan diberkati..percayalah..


with kak yati @ teknikal crew

p/s : satu aktiviti aku dah selesai..next Kenu Kebangsaan!

Monday, November 29, 2010

~ Love Bonding

Salam and Good Day

Hari-hariku terus begini..
kesedihan ku terima lebih banyak dari kegembiraan yang kudapat..
apa pun..aku masih bersyukur..kerana aku masih dapat bergembira..

entry kali ni..
kebahagian dalam kesedihan..


~ izati roslan

Alahmdulilah..my friends and adik beradik angkat i dah kahwin.. =)
tumpang gembira..
aku perkenalkn dulu..siapa izati pada aku..
dia kawan sek teknik aku..
dia adik beradik angkat aku..(same age)
aku pada keluarga dia..
aku anak angkat kpda ibu dia..
anak angkat kepada keluarga Roslan..


~ may Allah bless both of you

Akhirnya..mereka bersatu..
syukur..jodoh mereka sudah sampai..
alhamdulilah..majlis mereka serba sederhana..
malang sekali buat aku..
tak dapat pergi majlis yang bermakna buat mereka itu..
aku masih di perantauan..

ibu
maafkan abg kerana menulis cerita ini dalam diari hidup abg
abg dah lama nak tahu dari mulut ibu..akhirnya terjawab setelah abg call ibu tadi..
alhamdulilah..ibu dah ada menantu..
ibu dah ada anak lelaki.. =)
abg syukur sangat2..

rasa terkilan dan agak kecewa abg sudah terlerai..
abg sentiasa maafkn ibu..
bagi abg..ibu tiada salah..
hak ibu mahupun izati..kalau tak nak jemput or tak nak abg tahu..


~ selamat pengantin baru izati dan irfan

doa abg hanya untuk ibu..anak ibu..dan juga untuk kawan abg..

to izati dan irfan..
moga berkekalan hingga akhir hayat..
moga berbahagia selalu..
pikul lah tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik2nya..

100

Salam and Good Day

Alhamdulilah..kembali semula di tempat buruk ku..
sambil menaip sesuatu di blog usangku..
cuba untuk ringkaskan entry kali ini..
kerana kepenatan game di teluk intan kemarin..

100
membawa maksud..??
no bertuah mungkin??
100 markah kah??
atau apa??
hihi..rasanya anda tahu..
100 kali ini membawa maksud..
blog usang saya sudah ada 100 followers..
thanks all..
and special thanks to ahsfantasy24 kerana menjadi my 100 followers!!

teruskan menyokong saya..
semoga silaturahim yang terjalin akan berkekalan hingga akhir hayat..

cerita kehidupanku bukan untuk dijaja..
(if korang nak follow..silakan!)
aku suka berkongsi..kerana aku puas..
cara aku meluahkan perasaanku dan masalahku..
aku bahagia begini..
jadi..apa yang aku hrapkan..hanyalah sedikit nasihat dan teguran buat aku..
supaya aku lebih tabah..dan kuat untuk meneruskan kehidupan di alam yang fana ini..

Friday, November 26, 2010

~ Andai Ku Tahu..

Salam and Good Day

Andai ku tahu..
Dalam hidupku tiada ruang untukku..
Tak akan ku cuba untuk mendekatimu..

Andai ku tahu..
Kehadiranku tiada erti dalam kehidupanmu..
Inginku pergi jauh2 daripada pandanganmu

Andai ku tahu..
Ku tak layak untukmu..
Ku pasti kau bukan milikku..



~ andai ku tahu...

Makin Sunyi!

Salam and Good Day

Setelah 3ari tanpa entry baru..
blog usangku makin sunyi..



akan ku terus mengayuh hingga roda itu berhenti buat selama2nya..

mulai ari ni..3ari lagi aku akan tinggalkan blog kesayanganku ini..
hope masih ada yang sudi melawat dan membaca nukilan diri ini..
sejak kebelakangan ni..aku tiada mood nak update blog..
mungkin faktor internet yang x da di bilik yang meyebabkan aku hilang mood seketika..
rindu aku hanya untukmu wahai blog usangku!!

khas buat kalian..
entry seterusnya..
berkaitan seseorang yang merasakan dirinya
hanya bertepuk sebelah tangan..seseorang yang kecewa..mungkin!
dan seseorang yang tidak merelakan yang akan terela..

Tuesday, November 23, 2010

~ Next!! My AgenDa!!

Salam and Good Day

Setelah sekian lama..menyepi dari mana2 program and aktiviti..
Kini ku kembali..huhu..
tapi..ku rasa..sedikit sahaja yang ku terlibat kali ini
cuti ku amat terhad..
hanya sebulan ++
akan ku manfaatkan cuti2 ku dengan insan2 tersayang.. =)

23 November - 1 Disember 2010
Training Kayak at Taman Bandar, Kuantan

27 - 28 November 2010
Perak Suunto Salomom 12H Night Rogaining 2010 at Teluk Intan

2 - 5 Disember 2010
Kejohanan Kenu Kebangsaan 2010 at Putrajaya

10 - 12 Disember 2010
Sukan Rakyat 1Malaysia at Nibong Tebal (not sure!)
Holiday at Port Dickson (not sure!)

13 - 22 Disember 2010
Spent time with my mom and family 
and
Holiday at Langkawi (not sure!)

16 - 22 Disember 2010
Baktisiswa SRN Peringkat Kebangsaan at Tanjung Malim,Perak (not sure!)

24 - 25 Disember 2010
Majlis Persandingan Anak Saudara Kak Naina at Kuala Kangsar

26 Disember 2010- 1 January 2011 
Pendakian Gunung Kinabalu & Lawatan Integrasi Perpaduan ke Sabah (not sure!)

p/s: kita hanya mampu merancang..Dia akan menentukan..
Doakan untuk saya yang terbaik!! Mudah2an..apa yang saya inginkan..akan tercapai.. =)

~ KeMerDeKaaN yang DiNanti + PeLaYarAn SeM 3 !!

Salam and Good Day

Alhamdulilah..akhirnya..ku sudah bebas dari bebanan belajar..
MERDEKA!!!3x
hanya seketika..

Pelayaran sem 3 sudah berakhir..
apa yang dapat ku lakukan..
ku hanya mampu tersenyum dan menggaru kepala..
kenapa??
kerana ku tak tahu..pelayaran kali ini
membuahkan hasil atau tidak..
ku hanya mampu berdoa dan bertawakal..
mudah2an..keputasan pelayaran sem 3
meningkat dan lebih baik dari pelayaran2 sebelum ini..

kadang2..ilmu yang kita dapat belum tentu Allah memberkati..
kenapa??
kerana..kita usaha diatas jalan yang salah..
betul kita usaha..tapi usaha kita tu betul ke salah?
maksud saya disini..adakah usaha itu benar2 ikhlas kerana Allah??

tepuk dada tanya diri sendiri..
termasuk aku..!!
actually..sudah lama aku memikirkan perkara ini..
dan sudah sekian lama aku tahu akan kesalahanku ini..
tetapi..aku sendiri tidak dapat berbuat apa2..
kerana..perkara ini sudah terbiasa didalam diri..

p/s: Kembali terseksa kerana mulai esok pagi..sudah mula training kayak untuk next game

Sunday, November 21, 2010

~ Kemana Kau Pergi??

Salam and Good Day

Ayuh!! Datanglah!! Kemarilah!!
Jangan tinggal aku!!
Jangan pernah berubah Azrul!!
Jangan kau biarkan!!
Jangan kau peduli!!
Come On!!

Azrul2!!! Ish2!!!
Usaha sikit lagi..
Berkorban sikit ja lagi..
Esok kau MERDEKA!!!
yeah2!!
yang ni ja aku ingat!!!
Mood Study dah hilang ntah kemana..
adoiii..tolong aku Ya Allah..

Kembali pulanglah wahai Azrul yang dulu..
yang bersemangat waja gitu!!
Balik3x!!!

p/s: arhhh!! sory..entry mengarut..ketensionan kemalasan study!!

~ Di Sebalik Genting Highlands Kota Kesaksian!!

Salam and Good Day

Masih bersyukur kerana walaupun tenet tak da di bilik..
masih boleh online di library..

Malam tu..tiada planing pun actually..
tapi..tut2..sampai ke Genting Highlands..
Aisshhh!! Best jugak..Sebab aku first time ke sana..
Layan je la..Sekali pergi..rasa macam nak g lagi..hahaha

Apa yang ku ingin kongsi dan cetitakan adalah 
kisah di sebalik Genting Highlands tu sendiri..
Ramai orang pergi kesana untuk bersuka ria..
mungkin juga planing family..or school trip..
and last but no list..maybe just lepaking..with members..

Mungkin ramai yang tak tahu..
some people..pergi sana untuk melepaskan
kesedihan dan ketensionan yang terbuku didalam hati..
sememangnya..wajah tidak mencerminkan apa2..
orang lain tak mampu untuk melihat isi dalam hati kita..
kita dan Tuhan sahaja yang tahu apa isi hati kita..

Genting Highlands terus menjadi saksi..
disitulah pelbagai moment dirakam..
sedih..duka..pilu..kecewa
happy..terharu..teruja dan etc..


kegembiraan jelas terpancar


thanks for everything


menatap matamu..(tiba2)

Begitu juga dengan aku..
Kegembiraan dan Kesedihan serta Kekusutan aku..
aku leraikan di puncak Genting Highlands..
Walaupun hanya sebentar berada di Kota Kesaksian itu..
Aku puas..kerana..tanpa dirancang..sampai jugak aku disana..
Aku puas..kerana..dapat dipertemukan dengan insan2 yang sangat baik seperti mereka..
Aku sangat bersyukur..kerana Allah sayangkan aku..


with abg rayme


perjalanan waktu malam ke Genting
sangat menarik..melihat kelip2 cahaya lampu jalan..lampu kereta dan lampu bangunan..
hahahaha..di sambut plak dengan kedinginan hujan yang renyai2 pada permulaannya..
kemudian terus menerus hujan mmncurah2 ke atas bumi Genting dan Kuala Lumpur..
Setibanya disana..terus ke Kedai Mamak..
find some Roti Canai and Teh Tarik..huhu..


my lovely brother friend..

ate at mid night!! 
pastinya moment yang tak akan dilupakan..
bertambah manis..ate with my lovely brother and his friends.. 
after that..berjalan2 sambil ketawa keriangan..
sungguh indah malam itu..
semua masalah dilupakan sebentar..
Thanks My Lovely Brother and his friends!!

Some pic's from Genting Highlands!!


jom lawan tembak.. socre 9.7


ngeee.. tak puas main!! haha


terbaek!! gaya mau ada!!


thinking someone maybe..


191110 one night at Genting Highlands with my lovely brother's

Friday, November 19, 2010

~ KL Tower!!

Salam and Good Day


Ku ingin menjadi GAH seperti KL Tower!!



tetapi ku sering terjadi seperti KLCC!!

Manakan tidak..aku sering dibayangi bayang2ku sendiri..
aku mahu menjadi KLCC yang tiada kembarnya..
tetapi aku terpaksa menerima hakikat yang 
KLCC tak akan terpisah dengan kembarnya..
Sampai bila ku harus bertukar ganti menjadi 
salah satu bangunan kembar yang MEGAH berdiri di ibukotaku..
Ku sendiri tidak pasti..
Mungkin sehingga ku sudah jatuh rebah 
seperti The Twin Tower World Trade Centre
Barulah ku bangun semula dengan GAH berdiri seperti KL Tower
Ku perlu menjadi Gah seperti KL Tower kerana 
Ku sudah jemu melihat bayang2ku sendiri..
Masanya pasti akan muncul..
cumanya ku belum pasti kapan tiba detik itu..
Ku akan terus menerus mencuba untuk berdiri dengan kakiku sendiri..
tetapi..ku sentiasa diuji ketika berjalan
Ku tidak boleh terus menerus berlari..
Kerana aku pasti bayang2ku sentiasa mengerjaku kemana jua ku berlari..
Walaupun sejauh mana ku pergi..setinggi mana ku daki
Ku pasti ku akan berpatah balik dan terjatuh ketika perjalanan itu..

Apa yang telah ku lakukan itu..
Mungkin membuatkan hati kamu terluka dek kerana perbuatanku..
Tetapi..percayalah ku lakukan itu semua kerana ku hanya ingin menjadi diriku sendiri
Tiada niatku untuk melukakan hatimu...lagi2
Mengkhianatimu..maafkan aku..kerana aku insan biasa yang terlalu banyak cacat cela


~ I just wanna be myself..
no more reasons..
trust me k..
i always love you..
because you are my spirit..


~ Jika awak lemah..
saya bertambah lemah..
Jika awak lemah kerana saya..
saya sangat kesal dan saya memohon maaf


~ Saya tak nak disebabkan saya..awak terus lemah..
saya faham..awak nak saya hanya jaga diri saya sendiri..
dan jangan hiraukan awak..tapi..
saya tak mampu..saya perlu juga fikirkan awak juga..


~ Jika awak membaca nukilan ini..
i just want to say..
i always behind you..
and thanks a lot because make me happy in mylife..

~ Lookout Point, Ampang Hill

Salam and Good Day

Pernah dulu saya katakan..jika kita gembira..
pasti kita melupakan yang tengah berduka..
Kita insan biasa..sememangnya..saya juga sering terlupa..
Ayuh! Marilah kita saling ingat mengingati..
Saya berpesan kepada diri saya sendiri..
dan juga kepada semua..
Ingatlah..jika kita gembira..tak selamanya kita akan gembira..
sekelip mata sahaja kegembiraan itu boleh lenyap daripada gengaman kita..
Jadi, Hargailah kegembiraan yang anda perolehi itu walaupun hanya semalam..
Berterima kasihlah kepada insan yang telah membuatkan anda gembira..


@ panorama restaurant lookout point - ampang hill
heaving a great moment with my lovely bro's =)

thanks a lot my dear bro's


Thursday, November 18, 2010

~ Memori Di Bera..

Salam and Good Day

Alhamdulilah..masih lagi diberi nafas..
masih boleh menulis..
masih boleh melihat..
dan masih diberi kesihatan yang baik..

Aidiladha sudahpun berlalu..
tetapi mood raya masih ada..
daging masih banyak di rumah..huhu
makan..jangan tak makan..hihi

Al-Kisahnya..
Tahun ni Sambut Aidiladha a.k.a Raya Haji di negeri orang..
First Time Raya tanpa Family di sisi..
Kalau fikir memang sedih..
tapi jangan la sampai tak fikir lansung kan..huhu..

Jadi,tahun ni aku beraya di Bera,Pahang
kat Felda Sebertak,Bera
Best..sebab tempat tu tenang dan damai je..
jauh dari bandar..yang ada kelapa sawit..huhu..
biasa la..Felda..hihi..

Berbanyak terima kasih kepada insan baru..
sebab dia aku gumbira..
kalau la dia tak ajak beraya ngan dia..
for sure aku raya kat UMP je..huhu..
apa2 pun..thanks a lot
because you and your family sangat2 baik
and sudi menerima diri ini in your family..
tak terbalas jasa2 abg sekeluarga..
hope suatu hari..diri ini dapat balas jasa2 abg sekeluarga..
Insyaallah..mudah2an..

dari UMP ke Kuantan..
(kul 1.30 kuar dari bilik..semangat nak balik..g terminal naik bus UMP..free..huhu)

dari Kuantan ke Temerloh
(hampir 2 jam setengah pastu sampai..kul 7 sampai..terus cari kedai makan untuk berbuka puasa..lps mkn..solat..then ronda2 n pusing2 bandar temerloh tu..cari cc nk lepak..tapi hampeh..ttp plak..huhu..tunggu Gen2 Merah tak sampai2..huhu..akhirnya setelah 4jam di temerloh baru Gen2 Merah muncul..)

dari Temerloh ke Bera
(meneruskan perjalanan ke Felda Sebertak,Bera...with Gen2 and Persona hampir kul 1 pagi rasanya baru sampai..)

after makan malam..borak2..then ZzzzZZzz

keesokannya
pagi2..bangun mandi sunat hari raya..then solat subuh..
lepas tu..siap2 untuk sarapan and ke masjid..
suasana agak biasa ja..
tapi terasa jugak la lainnya beraya di negeri orang..
huhu..dah siap2 kami terus ke masjid..
sampai masjid..orang dah ramai..
meriah betul..ramai jemaah..

balik dari masjid..
planning nak g tengok lembu kena korban..huhu..
tapi insan baru tertido keletihan plak..
so tak jadi r g tengok..
waktu ni..den just main and layan si dania yang cute ni..huhu
thn..fasha(paddler UMP) sms den..dia tanya nak datag beraya umah dia or tak
den jawab nak la..tapi....bla..bla..bla
after a few minutes..Fasha and her mom pun sampai kat umah tu..
aku terus follow dorang pergi beraya..
g raya umah kawan mama fasha..
time ni..da satu moment yang kelakar gila..
kitarorang dah pusing 2x tempat tu..
nak cari umah yang nak beraya tu tak jumpa2..huhu..
at last..jumpa satu group budak2 tengah beraya..
mama fasha pun tahan la sorg budak tu..
and tanya dia...
"dik..umah teres kat blah sini2 kat mana erk??"
budak tu pun menjawab
"ermm..umah teres?? tak tahu la..(sambil menggaru2 kepala)"
kemudian..dia panggil kawan dia..tanya..kwn dia pun tak tahu..
kemudian..kawan dia pun pnggl lagi sorg kwn dia..pun x tahu..
kemudian..kwn kpd kwn dia tu pun pnggil lagi sorg kwn dorang..
sampai semua geng2 dia datang..haha..memang kelakar..sebab semuanya tak tahu umah tu..kui3..
actually..fasha and her mom also still newbie at there..bcoz baru tranfrs dari johor to felda kumai,bera..yang kelakarnya..umah tu bukan umah teres..tapi umah cam umah taman biasa ja..huhu.
time kitaorang dah jumpa umah tu..kitaorang sekali lagi jumpa geng2 bdk tu..
apa yang dorang buat time dorang nmpak keta kitaorang..
dorang lariiiikkk lintang pukang...aduhai..huhu..kelakar gila..
dorang takut kena tanya lagi sekali maybe..huhu..

ringkaskan cerita..
den makan laksa utara kat umah tu..+ kerepek pisang and popia goreng..
terubat kerinduan den nak makan laksa mak den buat..huhu
aftr that..i'm follow them balik umah fasha..
tengok2 tv and borak2..
kemudian sambung makan..huhu..
lunch makan daging kerbau..
that the best moment..huhu..
first time makan daging kerbau..sedapppp..

ringkaskan cerita lagi..
huhu..dh berapa kali ringkas tak ringkas2 lagi,,hahaha..kali ni memang panjang entry aku..
thanks sapa2 yang baca dari mula sampai habis..


balik umah..main dengan dania kjap..thn tido..bcoz that day was raining..huhu..
petang after solat asar..we all makan bihun sup daging korban ramai2..
lepas tu..packing2 nak balik KL dah..

kul 7++ gerak..sampai kul 10++ kot..huhu..
~ that all my memori at bera..sambung beraya di KL..

p/s: sory k..entry kali ni..panjang plak..seronok menulis sampai tak nak behenti..huhu

Memori Di Bera tak akan saya lupakan..
thanks to all..
because very caring and loving me..
i love you all..

Tuesday, November 16, 2010

~ Salam Aidiladha

Salam and Good Day

Kemaafan dipinta andai ada yang tak kena..
Mengharapkan segala pengorbanan selama ini..diterima Allah
serta dibalas dengan kebaikan yang setimpal..


beraya di negeri orang tahun ni..adalah satu pengorbanan yang besar buatku
semoga aku terus tabah dalam menjalani liku-liku hidup seorang pelajar

"Selamat Hari Raya Aidiladha"

"Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain."

Monday, November 15, 2010

~ UntukMu

Salam and Good Day

Apa yang berlaku sememangnya kita tidak dapat menyangka..
Tetapi..ada pepatah mengatakan..


" esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Apa yang aku harapkan..
Kau tak mudah lemah dan putus asa..
Kuatkan semangat kau..
Anda Yakin!! Anda Boleh!!

Bila difikirkan balik..
apa yang aku kata pada kau..

"sememangnya berkata2 sangat mudah..
tetapi
untuk melakukannya amatlah menyusahkan.."

Kita sememangnya dilahirkan tidak sempurna..
wajarlah..kita mendapatkan pertolongan dari 
insan2 yang boleh memberi kita semangat 
ketika kita dalam kesusahan dan kesedihan

Jika diri kita merasakan kita tidak mampu..
pohonlah pertolongan dari orang sekeliling kita..
nescaya..benda yang susah akan menjadi senang

kadang2..aku pun tak happy dengan kejayaan aku..
because of what..sebab usaha di jalan yang salah..
mungkin aku senang dan happy sekarang..
mungkin suatu masa..aku pula berada di tempat kau..

"Hidup ni kan umpama roda..kadang2 diatas..kadang2 dibawah.."

jadi..sentiasalah ingat kata2 ku ini..

"Bila kita gembira..kita sering terlupa pada yang tengah bersedih...tapi bila kita sedih..janganlah terus menyalahkan diri sendiri..sebaliknya..cuba kita fikirkan..orang yang lebih sedih daripada kita.."

Semoga dengan sedikit kata2 semangat ni..membuatkan kau tersenyum dan kembali bersemangat..

Good Luck Frendz!!





Sunday, November 14, 2010

~ Mimpiku

Salam and Good Day

Ku mencuba untuk tidak memikirkannya..
Allah izinkan..tetapi hanyalah sebentar..
Fikiranku kembali kepada sedia kala
Entah dimana puncanya..
Ku terbawa2 dalam mimpiku..
Tido ku tak nyenyak..
dek kerana bayangannya
Ku sambung tidoku..
dengan harapan ku dapat menikmati keindahan tido yang lena
tetapi
Mimpi itu muncul lagi..
Kali ini lebih parah..errmm
Apakah petunjuk mimpiku ini..??

Pagi yang penuh dengan kerisauan dan kesunyian
141110
10a.m-11a.m

~ Gumbiranya

Salam and Good Day

Malam2 ku terus sunyi..
Roomateku semua dah balik..
Tinggallah aku keseorangan..
Gumbiranya mereka...huhu

Malam ini..hatiku sungguh tercuit
dek kerana relationshipku di fb
ramai yang terkejut rasanya..
huhu..Gumbiranya hatiku..

Walaupun kesunyian dek kerana
Hensetku tidak berbunyi..
tanpa SMS dan tanpa CALL..
Hatiku tetap Gumbira..
kerana Fb ku..
sentiasa ada yang mengomen..

Walaupun Dia tak da..
Aku tetap Gumbira..
kerana insan lain selalu mengambil berat tentang aku
sungguh bertuah insan bernama Azrul Adnan ini..
ermm..bersyukur kepada Ilahi..

Gumbiranya hati ini..
walaupun kerisauan mengunung tinggi..
Gumbiranya hati ini..
walaupun hati ada berbisik kerinduan pada seseorang..
Gumbiranya hati ini..
walaupun kadang2 terpaksa membohongi hati sendiri..

Gumbiranya malam ini.. 


Saturday, November 13, 2010

~ Memori

Salam and Good Day

Memori semalam..Memori lama..
Memori silam..Memori akan datang
Semuanya indah2 belaka..

But i really miss that memory
in Tioman Island


i want that shirt!!
my T was lose after i'm just come back from there..


Bila agaknya boleh beli Dslr sendiri..ermmm

~ Balingku yang mendung..

Salam and Good Day

Malam yang sayu ni..ku tak dapat melelapkan mata..
Dek kerana sakit perut yang melampau..


Balingku yang mendung..
Ku merinduimu..
Kapan bila lagi ku dapat menjenguk mu
Tunggulah daku sehingga pulang..
Jika ku tidak pulang..
Jemputlah daku disini..
Sesungguhnya..
Ku ingin jasadku disemadi 
di sebelah pusara sanak saudaraku..

Balingku yang mendung..
Hatiku juga turut mendung..
dek kerana kerisauan yang menumbuh di dalam kalbu
sungguhpun sinar mentari akan menjenguk keluar esok pagi
belum pasti ku dapat melihat semua itu..
ku hanya mampu berdoa..
agar Dia dapat memanjangkan usiaku..
Ku mohon sedikit waktu untuk mengenali siapa Penciptaku..
Mudah2an..Dia izinkan





Friday, November 12, 2010

~ TARBIYAH dari-Nya

Salam and Good Day


Kadang2 Allah patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita,

Kadang2 Allah patahkan hati kita untk jadikan kita lebih tabah,

Kadang2 Allah berikan kesakitan supaya kita jadi lebih kuat,

Kadang2 Allah hntarkan kita kegagalan supaya kita lebih rendah diri,

Kadang2 Allah berikan kita penyakit supaya kita lebih menjaga diri dengan lebih baik, 

Kadang2 Allah ambil segala2nya dari kita supaya kita boleh belajar menghargai perkara2 yang berharga yang Dia berikan,

Ternyata musibah itu mengandungi sejuta TARBIYAH dari-Nya...

~ Sahabatku

Salam and Good Day

Hari semakin laju berganti..
Masa semakin pantas..
aku masih disini..

sedangku melayan2 blog usangku..
terjenguk entry lama2..
terfikir tentang mereka..

mereka yang pernah rapat dengan diri ini..
ermm..entah bagaimana mereka sekarang..
aku merindui saat kita bersama
hope kamu berdua..baik2 saja

seorang di malaysia..
seorang di mesir..
thanks kepada kamu berdua..
kerana mengajarku berblogging

Untuk Nadirah
Entry Khas ko ni..bila aku baca balik..
aku rasa tak sangka..ayat aku berbunga2 camtu..huhu

Untuk Naj
Entry Khas naj ni..azrul rasa macam time kelas dulu lagi meriah..
maybe sebab ada naj kot..huhu..ermm..

Apa yang ku harapkan..korang berdua..
tak akan melupakan aku..
May Allah bless both of you..

Thursday, November 11, 2010

~ Hari Ini

Salam and Good Day


 mood : serabut

errmmm..kepalaku runsing..keliru..pening2 and etc
dek kerana soalan exam yang kepayahan tu..
ngeee..boleh buat kepala aku mereng macam ni!!
lagi serabut bila pikir pasal result..ermm..
cnfm2 la pointer aku tak naik sem ni..ermm
pening2..dua hari ni..mood aku asyik moody and down je..
asyik terfikir perkara yang tak berapa penting je..ermm


mood : sedih

errmmm..teringat kat mak plak..mentang2 tadi mak call..
alahai..rasa mcam nak balik jumpa kawan2 blah sana plak..
sob2..asyik teringat kedah..tapi malangnya..
cuti sem kali ni..amat pendek buatku..
jadual aktivitiku sudah makin penuh..ermm

sedih sebab aku tak leh jawab exam tadi..
hari ni dua2 paper aku hancur berkecai..
masih ada 2 lagi paper..dua2 subject killer..
hope tak hancur lagi..kalau tak..kimsalam ja la siap2..ermm

sob3x..sebab malam ni fb aku sunyi tak mcam biasa..
setiap kali on9 mesti gelak sorng2..dek kerana geng2 fb gengstar ada..
tapi malam ni semua tak on9..kecuali aku and kak naina..
ermm..yang paling sedih..ada orang g Thai..g holiday..tinggalkan aku..huaaa


mood : happy

dalam sedih2 aku ada gak perasaan happy..
alhamdulilah..happy la jugak..sebab 3 paper dah habis..
lagi dua ja lagi..ermm..tak sabar nak habis cepat2..

planning aktiviti aku dah makin pack..huhu..bestnya..
macam2 dah plan..tapi..kita hanya merancang..
Jika kata Ya..maka Jadilah..kalau tidak..sebaliknya..

Happy la jugak..sebab sem 3 dah nak habis..huhu..
Happy la jugak..sebab tahun ni bakal beraya di kampung orang..
(sedih tak balik beraya kat umah...first time tak balik time raya)
Happy la jugak..sebab masih ada orang yang sudi ambik berat pasal aku..

p/s: (Happy la jugak)...sebab..mood masih tak stable..huhu