Sunday, January 30, 2011

~ Apa khabar Baitul Husna?

Salam and Good Day

Sudah lama tidak menulis..keinginan untuk berkata-kata membuak2..
tetapi ada sahaja alasan untuk tidak diteruskan..

sedang aku meninjau dan menjengguk blog-blog aku ikuti..
rindu plak pada Baitul Husna..
Apa khabar mereka disana?
sihatkah adik2 disana?

Ku ingin kesana lagi..
Ku rindu untuk menabur bakti..
Ku mahu terus berbakti..
Marilah kita ke sana..
Bersama2 membela anak-anak yatim..

Jika aku sudah berjaya..
aku tak akan melupakan mereka..
Salah satu impianku muncul di dalam hati..
adalah keinginan untuk menubuhkan rumah kebajikan 
untuk anak-anak yatim..
semoga impianku menjadi kenyataan..

Tuesday, January 25, 2011

~ Kehendak-Nya

Salam and Good Day

Pagi hari..hujan dengan lebat..
kemudian..disusuli dengan sinaran matahari yang sangat terang..
aku menghirup udara segar di bumi gambang..
menadah tangan memohon doa agar bapa saudaraku cepat-cepat sembuh..

Sudah ditetapkan..jika mahu jadinya..maka akan terjadi juga..
aku redha dan pasrah jika itu kehendak-Nya..
yon dari jauh..sentiasa mendoakan kesihatan pak lang..
semoga cepat-cepat sembuh..

Mak lang yang sangat kuat..tabah..dan cekal..
suatu hari..Allah akan tunjukkan hikmah dari semua ujian ini..
sabarlah dengan kehendak-Nya..
Anak-anak Mak lang sentiasa ada disisi demi Ayah mereka yang tercinta..

Kami dari jauh..sentiasa bersama..
walaupun kini sudah jauh dari mata..namun hati tak pernah lupa..
aku ingin segera pulang..mungkin sempat bagiku untuk menjenguk..
nantikan kepulangan ku..jika diizinkan..aku ingin disisi pak lang..


~ Tengah-Tengah

Salam and Good Day

Perjalanan kehidupan diteruskan..

sebagai Hamba Allah yang hina..
sebagai pelajar universiti..
sebagai..anak kepada ibu dan bapaku..
sebagai seorang tumpangan..
sebagai seorang yang mudah membuat keputusan
dan seorang yang cepat menyesali dengan keputusannya..

hati sentiasa mengeluh..
jiwa sentiasa kacau..
akal selalu berada di tengah-tengah..
aku penat..aku letih..aku buntu..
aku mahu pulang..
pulang ke kampung..pulang ke jalan asalnya..
aku penat hidup begini..
aku letih dengan keadaan begini..

arhhh!!

aku masih buntu..
mahu disebelah kanan atau kiri..
atas atau bawah..
depan atau belakang..

semuanya mashi di tengah-tengah..



Tuesday, January 18, 2011

~ Just Only You

Salam and Good Day

sampai kapan pun..akan aku kenang kata2 ini
biarlah ia menjadi kata2 terbaik yang pernah aku lafazkan
aku ingin dia tahu..
tiada insan lain selain dia..
aku masih perlukan dia..
aku tak sanggup dia hilang dan pergi dari hidupku..
namun aku redha..
aku hanya pasrah dan menunggu...
sampai kapa pun..
akan ku tunggu..
hanya kamu!!

~ Just Only You

~ Aku Masih Disini

Salam and Good Day

walaupun apa yang terjadi..
aku tetap disini
aku masih aku yang dulu
aku masih menunggu kamu..
aku masih sayang dan rindukan kamu..
aku harap kau tak akan pernah berubah
aku sentiasa menunggu..
aku ingin melihat kamu dari jauh..
aku masih disini..
tak akan kemana..
carilah aku jika memerlukan
aku cuba untuk membantu jika aku mampu..
walaupun aku sendiri harus dibantu..
kau terbaik buat aku..

~ Jeritan jiwa yang gila

Salam and Good Day

Arrrhhhhhhh!!!
lepas geram ku membuang semua keluhan dan masalah..!!
kenapa dan kenapa..
mengapa aku..mengapa dia?

Arrrrhhhhhhh!!!
jeritan lagi...kali ini dari dalam jiwa yang sedang memberontak..
kenapa jiwaku mudah untuk menyayanginya..
mungkin..sudah ditakdir..aku hadir dalam hidupnya..
aku tahu..aku hadir secara tiba2..
tiba2 muncul dalam dunianya

Arhhh..!!
sekali lagi..jiwa aku menggigil..!!
aku buntu..kenapa hati aku begini..
aku tak faham..kenapa aku harus begini..
aku pasrah dan redha jika nasibku begini
yang pasti..jeritan jiwa aku memang gila dan tidak boleh diterima pakai..
namun aku tak berdaya untuk berbuat apa2..
cuma aku mohon dariNya agar aku dan dia diberi Taufiq dan Hidayah
aku tahu jiwa aku jiwa yang salah..
aku tahu apa yang dia lakukan itu juga salah..
kenapa aku hilang semuanya bila aku bertemu dengannya..
hati dan akal ku hilang entah kemana..
begitu mudah ia menguasai diri aku..
aku harus kuat tanpanya..
aku harus tabah untuk hari2 berikutnya..
aku perlu seseorang untuk hari mendatang
aku pasti jika aku tiada..dia akan lebih tenang..aman..dan bahagia..
aku sayang dia..aku sayang keluarganya..aku sayang semuanya
aku menangis kerananya..aku gembira juga kerananya
macam sudah diduga..macam  mendapat sebuah pertanda..
malam ini..kurasakan sejuk secara tiba2..
aku percaya sukar baginya untuk membuat setiap keputasan
menjadi adat untuk orang yang sentiasa disayangi disekeliling teman dan taulan
menjadi rutin harian menjaga hati semua kawan2
yang pasti..yang penting harus diutamakan..
aku masih menaruh perasaan agar dia tidak pernah berubah
walau hakikatnya kurasakan kebelakangan ini dia banyak berubah..
membaca kata2 darinya..membuatkan aku menagis didalam hati
esok mungkin tiada lagi ucapan darinya..

time up!!
aku harus kembali seperti sedia kala..
entah aku boleh atau tidak..
aku harus mencuba..
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan imanMu dan juga semangatMu

~ Mungkin masanya sudah tiba

Salam and Good Day

Sekian lama menghilang..
malam yang sayu ini aku datang dengan berat hati..
berat hati untuk menaip sepatah dua kata disini..
tiada lagi tempat untuk ku mengadu..
hanya disini..di kamus diari hidupku..
semakin hari semakin sayang..
itulah kata2 yang paling sesuai aku lafazkan..
namun..hanya kita yang sayang..sebaliknya..
semakin hari semakin dekat..hari demi hari..
masa tetap berputar..namun ianya amat pantas seperti kilat..
3bulan mungkin cukup bagi aku untuk terima dia seadanya
mengenalinya adalah takdir yang indah buat aku..
selama 3bulan ini..banyak pengajaran yang aku perolehi..
pengalaman mengajarku..mematangkan aku..
kini..usiaku hampir 20tahun..
aku harap..tiba masanya aku menjadi matang dalam semua hal..
sering terbayang..kenapa takdir ini Kau putuskan untuk aku?
aku banyak terhutang budi dengannya
aku banyak menyusahkannya..
aku banyak mendatangkan masalah kepadanya..
aku sering membuat dia marah dan terasa hati..
aku fikir..mungkin masanya sudah tiba..
aku harap..keputusan aku betul..
sudah tiba masanya aku kembali kepada asal..
aku sangat sanyangkan dia..
aku rindukan dia..
aku benci diri aku..
aku tak mampu menjaga hati dan nafsu ku..
aku lemah disemua sudut..

Ya Allah..Kau berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah

Monday, January 10, 2011

~ Dari Jauh Aku Tunggu

Salam and Good Day

Dari jauh aku memerhati..
Dari jauh aku menanti..
Dari jauh aku menunggu..
Dari jauh aku berjanji..

Walaupun lagi 5 1/2 tahun..
Aku akan terus menanti..
JANJI 10012011 insyaallah akan aku turuti
Semoga kau berjaya disana..

Terima Kasih kerana selalu muncul tika aku sunyi
Terima Kasih kerana selalu menemani aku tika tengah malam

Ini Janji Aku


Sunday, January 9, 2011

~ Teman Terbaikku

Salam and Good Day

Pernah dulu aku Block semua apps dalam fb..
tapi sekarang..satu demi satu aku Unblock balik
kadang2 sonok jugak main ngan apps fb ni..

Teman Terbaikku adalah salah satu apps yang best kat fb
aku tak lepaskan peluang mencuba apps ni..

jadi keputasannya ialah :


ni untuk fb aku..dalam 10 ni..ada yang betul..
dan ada yang tak betul..haha..biasa la kan..nama pun apps and mainan


ni plak fb abg wan..
I'm King!! huhu..sory kepada yang lain..hahaha


ni plak fb kak naina..
I'm still King..huhu..sory kepada abg wan..pencabar terdekat..haha


 ni plak fb abg mail..
I'm still King..huhu..sory kepada kawan2 rapat tokwan cool k..hahaha



ni plak fb naim..
I'm still No 1
huhu..tak sangka..kui3


ni plak fb kak ngah..
macam tak caya..dapat No 1
huhu..apa pun..I'm stil King..


last sekali..yang terbaru..fb abg azri..
huhu..yang king tetap king..haha

~ Aku puas..even apps ni tak 100% tepat..aku puas sebab boleh jadi Top 1 kat insan2 yang rapat dengan aku..aku bertuah..banyak orang ambik berat pasal aku..thanks Allah..

Thursday, January 6, 2011

~ Bila Hujan mulai berhenti......

Salam and Good Day

Bila hujan..semua terdiam..
hujan itu rahmat..aku terimanya..
walaupun dalam hujan..tetap ku redah..
panas terik sekali pun..tetap jua aku redah..
bila hujan mulai berhenti..
tak semestinya bumi trs kering tak ditimpa hujan..
bila hujan mulai berhenti..
maka satu tiupan angin mula menyinggah ke dalam lubuk hatiku..
kenapa sering terjadi begini..
bila aku mula senyum..
pasti ada sahaja masalah yang mendatang..ermm
aku sedih..aku sakit..
kenapa??kenapa?? dan kenapa??
salah akukah? salah jariku menaip?? salah mulutku bersuara??
berjuta pun aku memohon..kalau tak sudi..sampai bila pun tak akan habis
aku buntu..aku stress..aku rasa macam nak larii jauh2..!!

Wednesday, January 5, 2011

~ Pesta Penang

Salam and Good Day

Malam tu..aku happy sebab jalan2 ke Pesta Penang
Malam tu..umpama tak da masalah dalam hidup aku..
terima kasih for everything..


first time g Pesta penang!


Sawadikapp!!


^__^


Kap kum kap!!


wah!! payung emas!!


Nak pilih warna apa nie??


dah dapat..warna hitam..untuk kak naina!!


Cantik ukiran ni..


jumpa kawan lama plak..hafizi!


Paviliun Aceh 


 Umah hantu!!


Euro Wheel!!


Best ke naik benda ni??


angin malam..best!!


tepi laut..belakang jambatan PP..sangat best tempat ni..

~ Hari-Hari

Salam and Good Day

Mulakan hari mu dengan senyuman..
supaya orang disekeliling anda mendapat semangat dari anda
Senyumlah kepada orang yang anda sayang..
walaupun berkemungkinan dia tak dapat melihatnya
Kamu pasti Bahagia!!

Hari-Hari!!

Dalam sehari..mesti kita akan senyum dan ketawa..
walaupun hanya sekali..
betul atau tidak??

tetapi

Jarang kita..hari-hari kita kecewa dan bersedih..
betul tak??

Walaupun hari-hari anda bertemu dengan dia
belum ada kepastian anda akan bahagia dengan dia..
Walaupun hari-hari anda call dan sms dengan dia..
belum ada kepastian yang anda akan kekal dengan dia..

Hari-Hari!!

Apa yang anda lakukan hari-hari??
jika anda sedang belajar macam saya..
mestila anda hari-hari pegang pen dan buku kan??
jika anda seorang pekerja..
mungkin ada akan mengadap komputer atau kertas-kertas kan??
jika anda seorang kanak-kanak..
mestila anda hari-hari akan bermain kan??

Hari-Hari!!

Biar hari-hari kita mengingati dia..
biar diri kita sahaja yang tahu
bahawa hari-hari kita ingat akan dia
jadi dia tak perlu risau setiap hari
kita ada untuk dia hari-hari


kalau macam nie hari-hari..
apa yang anda akan kata/sambung...??

~ Aku tak Bisa

Salam and Good Day

Kenapa aku jadi hilang semangat niee????
Aku tak boleh cam niee..ermm..!!!

Saat ini..kepalaku asyik pening bila terpikirkan pasal study..
Nyesal jugak aku dulu pendam masalah sorang2..ermm..

Harus gimana lagi..aku kena bangit sendiri!!
Jatuh..Rebah..kena la bangun sendiri..!!

Aku tahu..semangatku hilang seiring masalah jiwa dan hati aku..
Kenapa aku jadi tak betul!!! sebab penawar hati aku..tak muncul2..

Sabar ja lah..Pejam celik..muncul lah dia..
tapi..kalau aku terus pejam celik..pejam celik..sampai bila prob aku tak selesai..

Esok!! Harus ku mulakan tugasku..
Semoga aku berjaya..menyelesaikan masalah yang telah basi ini!!!

Aku Bisa!!!

Tuesday, January 4, 2011

~ Kian Bahaya

Salam and Good Day

Ku mohon..Kau permudahkan segala urusanku dan urusan sahabat2ku

Penyakit ku makin parah..makin bahaya..!!
Ya Allah..Jauhkan lah aku dari penyakit Alpa ini
ermm..makin bahaya..makin menjadi2..!!
memang dari dahulu lagi..
aku akan sentiasa 'terlupa' sesuatu..

"kalau tak terlupa..bukan namanya Azrul"

Perhhh!! ayat ni..akan aku sentiasa ingat..sampai bila2..
sampai lekat dalam kepala otak aku..
orang kata..jangan selalu makan benda yang masam2..
sebabnya..boleh melemahkan ingatan..
tapi..buah yang masam2 tu favourite aku..huhuhu..

Al-Kisah !!

Sebelum balik U..
time pergi Jusco Maluri..
aku terlupa Hset aku kat meja makan food court..huh!!
Nasib baik cepat ingat..
patah balik..tut2 dah x da..waaaa..
gigil aku satu badan..
tanya punya tanya..nasib baik..masih ada lagi rezeki aku..
Alhamdulilah..ni dah kali kedua aku tertinggal hset..kali pertama time kat ECM,Kuantan

Al-Kisah 2 !!

Sedar dalam tak sedar..rupanya..selama 20 hari..aku tak ada Kad Pengenalan..
adoiiinaaaa..
rupanya..IC aku ada di dalam fail sijil2 aku..
tu la..kalut sangat time lepas balik dari interview tempoh hari..
sampai terlupa nak ambik IC masuk balik dalam wallet..
macam tak percaya..dalam wallet aku tak da IC 20 hari..adoii..
kemarin baru sedar..time nak beli No Digi...ermm..
Gila2x..aku dah teruk..ermm.

Cukup ni jaa..yang lain..aku buat2 lupa..ermm..malas nak menaip..kui3..
banyak g entry2 tertangguh..hihi..

~ Si Kuning

Salam and Good Day

Alhamdulilah..
Apa yang aku mahu..sudah pun aku dapat
Dengan adanya 'Si Kuning' aku harap
Aku akan lebih rapat dengan insan baru..
Si Kuning..jadilah temanku sehingga aku terpisah darimu
Sudikah engkau menjadi teman setiaku?? hihi

Si Kuning yang cute..someelll..
Saya Suka Anda ;)


Anda Suka ke Saya??

~ Jatuh hati

Salam and Good Day

Entah..sejak 2 3 bulan terakhir nie..
Saya macam dah jatuh hati..
Sedar tak sedar..rupanya..
Saya dah banyak habiskan duit untuk dia..
Saya harap dia suka kat saya jugak..

Saya akan jatuh hati bila saya tengok dia..
Bila saya rindu..saya akan mintak dia untuk dekat dengan saya..
Bila dia dah dekat..terus saya ambik dia..
Pegang2 dulu..Tengok2 dulu..
Kemudian..baru saya KisS Dia!!
hik3..malunya saya..sebab bagitau yang saya KisS Dia..kui3..

Dia!!


I LoVe YoU!!

~ Coming

Salam and Good Day

Bila 'Langsir' sudah tertutup..
Mungkinkah lagi ia dibuka??
Sudah pasti ia akan dibuka semula..

Selamat Datang 2011!!!

Ku menanti dengan penuh makna
Ku berjanji pada diri aku
Ku akan lakukan yang terbaik
Ku akan lebih bertanggungjawab
Ku akan lebih matang
Ku akan lebih berusaha
Ku akan berJaya!!

Ku akan kurangkan apa yang patut dikurang!!
and
Ku akan tingkatkan apa yang patut ku pertingkatkan!!

2010 penuh makna dan memori indah..!!
Suka Duka akan tersemai didalam kamus diariku!!