Assalamualaikum and Good Day
Disini saya hanya ingin bertanya pendapat saudara dan saudari sekali..
andai anda berada disituasi ini..apa PILIHAN anda..
~ PILIHAN KAMU?? Antara Isteri yang sakit mengalami pendarahan ketika mengandung atau seorang adik yang sakit kerana masalah jantung yang harus menjalani pembedahan?? Bagi seorang Suami dan Abang yang Soleh lagi Mithali..pilihan ini sangat sukar untuk dibuat..sememangnya pilihan adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan..Tawakal tu'alallah..
~ PILHAN KAMU?? Anda seorang Doktar Pakar..jadi pilihannya Antara seorang pesakit yang sangat memerlukan bantuan dan kepakaran anda atau tunang anda yang ingin sedikit masa dan waktu untuk bersama anda..Pesakit diambang kematian..manakala tunang anda diambang perpisahan/putus hubungan dengan anda..sekali lagi,bagi saya..pilihan adalah salah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam hidup..
~ PILIHAN KAMU?? Antara seorang Sahabat yang sentiasa bersama kamu..susah mahupun senang atau seorang Abang/Kakak kamu sendiri yang selalu menyakiti hati kamu..Sahabat kamu dalam kesempitan wang..manakala Abang/Kakak kamu juga sangat perlukan bantuan kewangan dari anda..Sekali lagi..Pilihan kamu siapa?? dan kenapa??
Andai ada yang sudi berkongsi pendapat..saya hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih.. ;)
No comments:
Post a Comment