Tuesday, August 31, 2010

Allah sahaja membalas Jasa kalian..

Salam and Good Day..

Pejam celik pejam celik..dah masuk fasa 3 Ramadhan..
Masa kian laju berputar pada paksinya..
Menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman berjumpa dengan bonda dan ayahanda tercinta..




keluarga Baitul Husna,Bukit Sekilau

Kepada golongan yang tidak berkemampuan jangan kita lupakan..
Bantu dan tolonglah mereka selagi kita mampu..
Jutaan terima kasih kepada kawan2 serta Kaunselor UMP kerana sudi meyumbang beras kepada golongan yang memerlukan..lahir dari lubuk hati saya yang ikhlas..saya cukup berbangga dengan kawan2 saya..dalam kesibukan test serta minggu2 kegawatan..mereka masih sanggup menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan..


penyerahan beras2 kepada en hisyam di baitul husna,bukit sekilau

Alhamdulilah..Thanks Allah..kerana membuka hati saya untuk mengurus dan mengatur program yang tidak seberapa ini..tiada perancangan yang dibuat..hanya sehari misi mengumpul beras dan duit di UMP..Alhamdulilah..saya dapat mengumpul sebanyak RM615.00 daripada jumlah ni..saya dapat membeli 27kampit beras..10 kampit untuk 5kg dan 17kampit untuk 10kg..satu pecapaian yang diluar jangkaan saya..saya mohon..selepas ini..walaupun bukan bulan Ramadhan..ramai lagi yang akan menghulurkan sumbangan..

Insyaallah..pagi ini pihak ABIM Pahang akan mula mengagihkan kepada golongan yang memerlukan sekitar Kuantan..Kita doakan supaya program agihan berjalan lancar...amin..
Insyaallah..jika dizinkan oleh Allah..pada masa akan datang saya mahu lagi meneruskan kempen yang baik ini..

Jika kita mahu dan sanggup..kita juga boleh turun padang ke rumah2 atau kampung2 yang memerlukan bantuan dari kita..jika kita bergabung tenaga..Insyaallah..program akan berjalan dengan baik dan mengikut rancangan..walaupun diri kita susah.. x sekaya orang lain..kita patut bersyukur kerana ada lagi orang yang lebih susah dari kita..sama2lah kita saling bantu membantu..


"Bersedekahlah kalian, karena sesungguhnya sedekah dapat menambah
harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi
kalian." (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 11)

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. petang semalam pihak ABIM Pahang, MBD Kuantan dan PROSBOC telah mengedarkan semua beras kampit yang disumbangkan, termasuk 27 kampit yang Azrul dan kawan2 sedekahkan. 15 kereta berpecah kepada 4 lokasi : Beserah, Tanjung Lumpur, Jalan Gambang dan Jalan Sungai Lembing. Bermula jam 3.30 petang, semua beras selesai diedarkan pada jam 5.30 petang.

Azrul Adnan said...

Alhamdulilah..semuanya berjalan lancar..tahun depan kalau masih diteruskan kempen ni..azrul akan mula dr awal..kalau blh sebelum puasa..insyaallah..