Friday, December 24, 2010

~ Untukmu

Salam and Good Day

Dah lama terbuku dihati untuk menulis luahan ini..
Cuma setiap kali ingin menulis..
mood untuk menulis itu kian pudar dan semakin memudar..
Malam ini..mood itu tiba2 muncul..jadi..aku terus menulis..

‘Semakin ku mengenalimu..semakin aku ingin bersamamu’
Namun masa semakin suntuk untuk ku terus bersamamu
Ku merasakan rugi kerana hanya dapat mengenalimu dua bulan yang lalu..
Kenapa tidak 2 tahun yang lalu..???

Banyak perkara yang ku pelajari selama mengenalimu
Bertuah kerana dapat mengenali keluargamu
Tidak semua orang bertuah sepertiku
Diterima baik dalam keluargamu

Mengetahui masa silammu adalah pedoman buatku
Masa silammu banyak mengajarku dalam kehidupan
Ku harapkan dia tak terjatuh lagi
Ku doakan dia terus melangkah kedepan tanpa perlu menoleh ke belakang

Pesanmu sentiasa ku ingati..Ku sematkan di dalam hatiku
Jangan risau bila sudah berjauhan kerana kau tetap dekat dihati
Detik itu pasti akan muncul..saat itu pasti datang
Bersedialah dari sekarang

Kita hanya mampu merancang
Dia akan menentukan
Berdoalah agar semuanya berjalan dengan lancar
Tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidup kita

Banyak nasihat dipesan oleh ibumu
Banyak pedoman dari kisah hidupmu
Banyak cerita wajar dikongsi
Banyak janji harus ku tepati

Maafkanlah daku kerana menulis kisahmu dalam diari hidupku
Sesungguhnya insan yang ku sayangi akan ku hargai
Terima kasih kerana banyak berjasa dalam hidupku
Sekali kau hadir dalam hidupku..maka sampai bila2 pun kau akan tersemat dalam hidupku

No comments: