Saturday, January 30, 2010

Entah..

salam n good day..

ntah la nak tulis apa..tp macam rasa nak share ja apa yg ada dlm pala otak ni..
2 3 ari kebelakangan ni aku ni lain bebenor..org tido mlm aku tido petang..orang jaga siang aku jaga malam..

ntah la..napa aku letak gambar dia..

ntah tiba2 pk n rasa cam nak cuti ja seminggu untuk hilangkan tekanan
mustahil la kalau dpt cuti tu kan..

bersantai di tepi pantai..adalah percutian impianku..

ntah 2 3 ari ni..hidup aku memang x terurus dari segi..masa,study n bilik..
ntah kenapa..bila time free..aku selalu merenung masa depan aku..
tapi yang aku pelik...hari2 aku akan ckp x mustahil untuk aku dpt semua benda tu..tapi aku still x bertindak luar biasa..sebab aku dibelenggu oleh 1 masalah or 2 masalah mungkin..yang menyebabkan aku terbantuk untuk memulakan proses tuk aku sukses..

mungkin gambar ni sesuai ngan situasi aku sekarang

ntah kenapa..aku selalu diuji dengan masalah masa dan masa depan.. :)
jadual telah pun dibuat..tetapi still bermasalah sebab dalam 1 masa..kena buat 2 benda...tu yang paling tension..sebab dua2 perlu buat..
sal masa depan plak..aku masih berteka-teki sehingga suatu tarikh..
aku harap keputusan aku betul..aku berhak untuk menentukan hidup aku..cuma aku berharap keputusan aku betul dan x salah hitung..insyaallah..dengan berkat orang tua dan family..insyaallah aku akan berjaya..

maybe..ni la rupa lelaki bila mengeluarkan air mata..x senang untuk lelaki mengeluarkan air matanya..

ntah bila time sunyi n free...aku selalu terbayang2 orang yg aku sayang..n selepas tu kadang2 sampai mata masuk habauk...ntah la ter'emo' la plak..aku rasa setakat ni dulu..

Friday, January 29, 2010

Bismillahirahmaniraheem..

salam n good day..

inilah kata2 semangat yang aku selalu baca bila aku diuji oleh ALLAH..
kata2 ini sudah hampir setahun aku simpan di dlm satu laman sosial reunion sekolah aku..
mari kita sama2 renungkan..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa
akan diberi musibah,ujian atau masalah
hidup didunia yang sementara ini.Tipu
jika seseorang itu berkata yang dia
tidak pernah ditimpa musibah. Setiap
orang ada masalahnya tersendiri,Allah
uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi
sebabnya adalah sama. Allah menguji
seseorang itu kerana Allah swt mempunyai
rahsianya tersendiri,sama ada Allah
hendak tambah iman kita atau hendak uji
sejauh mana keimanan kita. Dan kerana
sesuatu ujian itulah yang membuka mata
hati kita,yang mendidik kita supaya
jangan mudah putus asa dalam kehidupan
yang bagaikan bahtera dilautan yang
penuh dengan onak duri,ujian juga dapat
mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
mempersoalkan kepada Allah swt kenapa
kita diberi ujian yang berat sebegitu
sekali sehingga kita terlupa pada siapa
yang perlu kita mengadu segala masalah
kita, pada siapa kita harus minta
kembali kekuatan kita. Astagfirullah,
lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak
redha dalam menghadapi ujian yang Allah
beri terhadap kita. Jika kita anggap
diri kita ditimpa musibah yang besar
kita hendaklah ingat bukan kita sahaja
yang mengalaminya,mungkin ada
sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah
kita yang lain menghadapi musibah yang
sama bahkan lebih teruk atau lebih besar
dari kita.


Bukankah,Allah telah berkata dengan
jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak
akan sekali-kali menguji hambaNya diluar
kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat
dalam menghadapi ujianNya jadi Allah
berikan ujian itu ke atas diri kita. Di
sini kita dapat lihat betapa sayang dan
kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana
Allah benci kepada kita tetapi
percayalah yang Allah sangat kasih
kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya
tidak pernah hendak bersabar dalam
menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah
aturkan yang terbaik buat kita kerana
setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT,
airnya cantik membiru dan penuh dengan
ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja
yang mengetahui rahsia di dalamnya.
Begitu juga dengan kehidupan manusia,
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang
mengetahui rahsia kehidupannya. Jika
rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah
SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Dan
jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke
arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa
ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

 Jadi seharusnya apa yang perlu kita
lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah
lah tempat kembali segala masalah yang
sering membelenggu diri kita. Jangan
malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu
diingatkan yang Allah tidak pernah jemu
mendengar rintihan hambaNya, Allah itu
Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta
kita yang menguasai seluruh alam, yang
memegang hati-hati kita. Disamping
berdoa perlulah kita berusaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak
kuat hendak hadapinya tetapi cubalah
bangun! Usah tewas dengan hasutan
syaitan, cari kembali kekuatan kita
kerana kekuatan itu ada dalam diri kita
masing-masing. Yakin dengan diri,
kuatkan azam dan cita-cita. Usah
tonjolkan kelemahan kita pada syaitan
kerana syaitan tidak pernah berhenti
menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah
sahabat-sahabat yang sentiasa memberi
kata-kata semangat kepada kita dan bukan
sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah
pentingnya sahabat kerana kita tidak
mungkin bisa hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu
selesai, satu lagi ujian akan datang,
maka bersedialah dalam menghadapi ujian
yang seterusnya. Untung bagi mereka yang
selalu diberi ujian tanda Allah swt
sayang padanya. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang sentiasa redha
atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa
yang ditetapkan untuk kita itulah yang
terbaik!

LeLaKi BeRgAmBaR NgAn PoMpUaN.....SaLaH Ke??

salam n good day..

ari ni aku nak tanya korang..
kalau lelaki bergambar ngan pompuan..adakah salah??
ni gambar aku ngan pompuan..silalah nilai..adakah salah??

salah?


ada aku pegang2??


haram kah??

p/s: aku rasa x salah selagi kita menjaga pergaulan kita dengan bukan muhrim kita.. :)

KrIsTaL??

salam n good day..


ketika ku menulis ini..fikiran dan hatiku hanya pada bonda tercinta...aishah..dan aku juga terbayang-bayang aku selepas 5 thn akan datang....ketika ini..sambil menonton KCB2 untuk kali ke3..kristal keluar lagi..
sungguh mudah mataku dimasuki habuk..tambah2 ketika aku keseorang seperti sekarang..roomate ku pulang ke rumah..tinggal lah aku keseorangan didalam bilik ini..situasi sebeginilah aku x mahu sentiasa berulang..bukan apa..buat masa sekarang aku tidak mahu terlampau meyeksa fikiranku..aku mahu kasihan pada rambutku yang sudah dilawati oleh beberapa helai uban..owh..tidak!!masalahku semakin hari semakin bertambah..semakin hari semakin berat..kadang-kala aku terfikir aku tidak dapat melawan dugaan ALLAH ini..semakin hari semangat dan keyakinan aku semakin menjunang..aku buntu sekarang..YA ALLAH..Kau bantulah aku..Kau tunjukanlah jalanmu yang lurus..KCB2 memang mantap..tengok dan hayatilah pengajaran dan iktibar didalam filen ini..


p/s: tiba2 rasa cam nak tido.. :)

Thursday, January 28, 2010

SeMaLam...KeMaRiN...

salam n good day..

dah lama x update..mcm2 nak tulis..tapi x sempat..
sbb sibuk menanam..hik3..
semalam....kemarin..
ada apa ngan semalam n kemarin..
ermm...aku terasa sibuk gila ngan 3 4 ari ni..



semalam aku ingat aku g interview tuk SRM(sekretariat rakan muda)
dan jugak pergi menyokong bakal MPP thn ni berkempen..


kemarin pulak..kelas padat n memang letih..kemarin gak aku g pasar malam..sbb lama dah x pergi pasar malam..aku ditemani awek cun "dyna n eza"..thank you!! :)
kemarin dulu plak..aku ada lab..cam biasa..pergi campur bahan kimia apa yang patut..tapi habuk haram aku x tau aku buat apa..hehe..cita sal kimia..


subject KIMIA 2 sem ni..lectrr aku orang 'SUDAN'...erm..aku masuk kelas dia memang x faham apa..sebab aku rasa aku dah x boleh bawak subject ni..


MATH 2 juga makin hari makin melemahkan semangat aku..1.sebab aku lembab sikit.. 2.sebab lectrr dia mody ja..sikit2 mody..erm..


kemarin-kemarin dulu plak..class cam biasa..tapi sebelah petang aku ada present bi..aku present pasal macam mana nak basuh tangan..hik3..senang n simple..huhu..


lepas kelas..aku dapat panggilan dari SPA..dorang bertanyakan pasal bantuan kebajikan masyarakat kepadaku..erm..aku ingat dah dapat results..hik3..
aku rasa banyak lagi perkara aku buat..tapi so far yang tu ja ada dlm pala otak aku..so aku stop dulu k..

p/s: so kalau nak ingat kita bt apa semalam n kemarin tulis la diari..bukan mcm aku...

Saturday, January 23, 2010

SuaRa sIsWa MeNguGaT?

salam n good day..


19/1/2010 ari tu..second time aku ke pgrm ilmiah tv1 SUARA SISWA..
n second time jugak aku masuk tv..hik3..saja syok sendiri..
apa yg best mlm tu..aku g kl..kalau yg first time dulu aku kat u ja..
n aku bertuah sbb dapat g umah sufi..ydp mpp ump 08/09
apa yang x best plak..x sempat nak snap ngan dr fazley..
n mlm tu panel x dpt nak bg hujah ngan lbh mendlm sbb masa x mengizinkan..
lagi sbb penat..g kul 5ptng sampai u kul 4pagi..perh!!pastu bngn kul 7lbh kul 8 class..memang penat..
'SISWA MENGUGAT DISEBABKAN PENTADBIRAN ITU SENDIRI' sekian!!

XpDc MT TaPiS 1512m..

salam n good day..

malas nak tulis..tgk ja lah gambar..best..tapi trek punya la panjang..


hidup AGUMA(anak gunung malaya)



sebelum naik..bersiap sedia nak naik lori..



makan time..kat best camp 2



on the way ke puncak..singgah sebentar di CP5(pokok ada rasa..ada line..huhu)



akhirnya kul 10.0 mlm kitaorang sampai puncak..sejuk gila...



keesokan harinya..pose jgn x pose..



sebelum trn puncak...ambik gambar dulu..huhu

p/s:mls nak upload semua..nak tgk lagi ke fb k..salam..next xpdc MT stong n MT ayam..insyaallah..

Friday, January 22, 2010

HaDiS PeRtAmA Ku..

salam n good day..

hadis pertama hafalan ku..

Dari Uthman bin Affan r.a, Nabi s.a.w telah bersabda: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain." - Hadis riwayat al-Bukhari

p/s:mari kita sama2 menghafal hadis2..

IsLaMiC n MoTiVaTiOn BooK..

salam n good day..



i'm just want promote some islamic n motivation book to u all..

if u all want or need plez visit this online shop..


publication from telaga biru!!



p/s:jom kita timba ilmu n sebarkan..serta jana pendapatan dengan stormreaders..

ReAliTI KeHiDuPaN HaRi InI:Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak

salam n good day..

wajah sorang ibu yang dihalau oleh anak sendiri!!

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.



Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.


Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.


Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

p/s:janganlah korang bt mak or ayah korang cam ni..seteruk2 mak ayah kita..dorang tetap mak ayah kita..berita dari kosmo..



Thursday, January 21, 2010

LuNtUr BaK cLoRoX..?

salam n good day..


lebih seminggu x update blog yang x laku ni..
so,malam ni cuma aku nak tulis sal clorox..eh2 bukan2...
sal diri aku la...
erm...clorox=keyakinan ku..
so kalu guna clorox memang habis la keyakinan ku luntur...
tu lah yang terjadi pada aku sekarang..semakin hari mendatang semakin semangatku n keyakinanku luntur..
aku sendiri masih tercari2 macam mana nak pulihkan keyakinan diri aku ni..
ANY HOW!!haha..ayat lecturer dari SUDAN..(x fhm apa dia ngajar..) tension lagi..
any how..so macam mana aku nak dapatkan kembali keyakinan aku tu??ANY IDEA??

Tuesday, January 12, 2010

KonSerT aMaL TabUnG SiNaR PedULi

salam n good day..

enjoy n release tension tengok konsert mlm 8/1 ari tu..

jom tgk gambaq..tapi sory x clear!!


tiket free..thanks ayn..



aiman..akademi nasyid 1



alif af6



muslim voice..



yang penting aku dpt snap gambar ngan aiman..huhu

Sunday, January 10, 2010

KeMpaDaNg BeAcH!!

salam n good day..

jom santai...
jom hilangkan tension..
jom hayati keindahan ciptaan ALLAH..
jom main air..
jom jalan2..
jom lompat..
jom tgk gambaq..ha3..

























































p/s:jom komen.. :)

Friday, January 8, 2010

SakSi...dan Penentu..

salam n good day..

nothing special mlm ni..haha
ntah la..bosan semcm ja...roomate pun keluar..mmm...
so tinggal la aku sorg2 kat bilik ni..



kat menara tu lah aku pg interview...

ok..apa yg saksi??apa yg penentu..
x da apa lah..cuma nak tunjuk tmpt n bilik interview..
tmpt ni bakal jd saksi aku..
penentu masa depan aku..
tu ja..harap2 semuanya ok..(harap2 lagi..hahah)


ni plak...bilik yang aku masuk untuk di duga..hahaha