Thursday, October 14, 2010

Kempen Pakaian Dan Kelengkapan Sekolah

Salam and Good Day

Jom support Kempen ni..
~ Setiap kebaikan akan dibalas..walaupun sebesar zarah..

Musim persekolahan sessi 2010 akan berakhir pada 19hb November ini dan sessi persekolahan 2011 akan bermula pada awal Januari 2011. Apabila bermula sessi persekolahan, banyak perbelanjaan perlu disediakan oleh para ibubapa dan penjaga untuk keperluan sekolah anak-anak mereka. Adalah dianggarkan kos keperluan untuk seorang anak di sekolah rendah sekitar RM 200 dan bagi sekolah menengah boleh mencecah RM 350 setiap orang.

Maka atas dasar keprihatinan dan kepedulian pihak Baitul Husna, kami menggerakkan kempen bantuan Pakaian dan Kelengkapan Sekolah. Kali ini kami mensasarkan seramai 300 orang anak yatim dan miskin yang akan menerima sumbangan tersebut. Lokasi anak-anak tersebut kami perolehi dari Perkampungan Bukit Sekilau, Perkampungan Permatang Badak, Kampung Nelayan Tanjung Lumpur dan Perkampungan Sungai Isap.

Setiap daripada mereka akan menerima sepasang pakaian lengkap sekolah ( termasuk tudung dan kasut), beg sekolah dan alat tulis. Kos anggaran bagi setiap penerima ialah RM 100 dan jumlah yang kami perlukan ialah sebanyak RM 30,000untuk menampung jumlah 300 orang penerima.

Justeru, kami memohon kepada para dermawan dan orang ramai yang prihatin dengan keperitan hidup insan lain untuk menyumbang kepada kami agar dapat mengagihkan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Segala pertanyaan boleh menghubungi Jawatankuasa Pelaksana Kempen ini iaitu ;

Pengarah Program      : Sdr Hilmi Mohd Noor (0162327061)
Timbalan Pengarah     : Sdr Ahmad Damanhuri ( 019-2263577)
Setiausaha                  : Sdr Ahmad Benzin (019-9335354)
Setiausaha Dana         : Sdr.Idris Ismail ( 010-4158960)

Pihak kami memerlukan sumbangan tersebut selewat-lewatnya pada 30hb November 2010 untuk tujuan pembelian kesemua pakaian dan kelengkapan tersebut.

Kami juga mengalu-alukan maklumat anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan persekolahan ini daripada para pengunjung blog ini(
http://baitulhusnabktskl.blogspot.com/)

Kami mengharapkan agar usaha ini dapat mengringankan beban yang ditanggung oleh para ibubapa atau penjaga anak-anak tersebut.Hanya Allah jua yang mampu membalas segala budi dan keprihatinan para penyumbang. Pihak kami hanya menjalankan amanah untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berkeperluan dan layak.

p/s: copy from baitul husna bukit sekilau blog..




p/s: kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang..x kisah seberapa jumlah wang yang ingin disumbangkan..anda bolehlah menghubungi saya (0134193951) atau terus berjumpa dengan saya..
Untuk pengetahuan anda semua..saya akan kumpulkan wang2 tersebut dan akan menyerahkan kepada pihak pengarah program pada satu tarikh sebelum 30 November 2010..Anda juga..boleh terus hubungi secara lansng dgn pihak program..untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

Untuk kawan2 yang berada diluar UMP ataupun Kuantan..Jika kawan2 betul2 berminat..kawan2 boleh bank in kan sumbangan kwn2 kedalam account saya..jika betul2 berminat blh cntct saya untuk no account..

tolong sebarkan kempen ini..
~  Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (Az-Zalzalah ayat 7)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”

2 comments:

Unknown said...

salam akhi yang pendek botak boroi.nak derma nnti bgtau yep.nak join.

Azrul Adnan said...

salam..cis mak cik kilang..td nmpk baru balik dr kilang naik bus ump..huhu
insyaallah..tp mcm suram je..x tahu la kempen ni brjaya ke x..