Salam and Good Day
Semalam berbicara mengenai kesabaran penting dalam kehidupan..malam tadi..kesabaran diuji oleh Allah..
Tidak kira dalam kelompok yang kecil atau kelompok yang besar..mahupun diri sendiri..Kesabaran akan terus diuji tidak kira dimana dan kepada siapa serta bersama siapa..Jadi bersedialah setiap masa..UjianNya tidak mengenal waktu..
Itulah yang terjadi kepada 'kami' malam ini..Dalam suka gelak tawa pada mulanya..Keadaan mula nampak berubah di suatu tempat..
Cerita bermula selepas semuanya selesai beraya di rumah Jannah..
Hampir semua classmate pergi ke Pekan a.k.a rumah jannah malam tadi...Destinasi dikunjungi oleh 3 buah kereta dahulu..sebelum sebuah lagi tiba di destinasi lebih kurang 9.4*malam..Dengan penuh semangat..kesemua classmate sangat teruja untuk 'jalan-jalan sekitar Pekan'
to
Bermula di Istana Abu Bakar kemudian ke Pekan Riverfront..Semuanya berjalan lancar..untuk ke destinasi seterusnya 'UMP Pekan' bermulalah Ujian oleh Nya kepada Hamba2Nya ini..
Dalam perjalanan untuk ke destinasi seterusnya..Aku hanya mampu mendengar kata2 dan bisikan classmate yang satu kereta denganku..Oleh sebab seharian aku training di Taman Bandar..maka keletihan dan kepenatan pasti terasa..namun..demi Ukhwah yang sudah terjalin hampir 2 tahun..aku gagahi juga untuk bersama2 dengan classmate yang lain..Alhamdulilah..tiada masalah..dalam tido yang agak tidak lena itu..aku terdengar satu panggilan dari classmate yang lain..katanya..'Tolong belikan minyak kereta..minyak kereta kami habis' terus bangun dari lena yang x lena2 itu..keadaan agak gelisah didalam kereta..sejurus selepas itu..kami pun mulalah mencari Pump Station untuk membeli minyak..dalam kesibukan mencari pump station..sempat lagi aku tertido..memang x dapat dielakan..keletihan dan kepenatan..
~ cerita berhenti berehat ~
hihi..Akibat terlalu nyenyak..maka aku tidak dapat meneruskn cerita yang sebelumnya..apa yang pasti..setelah aku terjaga dari tido..hanya aku seorang yang berada di dalam kereta di tepi sebatang jalan..Kemudian..setelah aku keluar kereta..Aku diberitahu..kereta sewa classmate aku tu bukanlah kehabisan minyak..tetapi ROSAK..huhu..
sempat lagi posing..hihi..kereta yang rosak + muka yang baru bangun dari tido..
Tiada apa2 dapat aku katanya..kerana mungkin masih dalam keadaan tak stabil a.k.a mamai..hihi selain hanya tersenyum dan meng'garu2 kepala..kerana kebuntuan tak tahu nak cakap apa..cuma cakap 'no komen' hihi pada classmate yang lain..yang ada di sekitar jalan dan disebuah warung..hampir sejam plus2..menunggu di warung dan kereta yang terbengkalai itu..akhirnya semua mendapat jalan keluar..bukan terus mengalah..sudah pelbagai cara dicuba..tetapi tidak membuahkan hasil jugak..maka keputasannya..tinggal je keta tu kat sini!
huhu..Jalan penyelesainya..sebahagian budak lelaki tido di rumah abe(kawan nubli)..sebahagian classmate perempuan tido di rumah jannah..dan yang selebihnya balik ump campus gambang..termasuk aku..
Kesabaran masing2 mungkin diuji..oleh Ujian dariNya ini..termasuklah aku..terpaksa menunggu masa yang lama untuk menyelesaikan masalah ini..dan terpaksa menahan kepenatan dan keletihan ini..hari ini..hari terakhir training sebelum pergi game minggu depan..maka dengan ini..saya tido dulu k..harap cerita yang ringkas ini..dapat meningkatkan lagi keimanan kawan2....terutamanya my classmate..
4 comments:
bagus2..ujian untuk menguatkan ketahanan mental masing2..dan kecerdasan minda..huhuhu
Setiap manusia Allah S.W.T akan senantiasa menguji mereka dgn pelbagai ujian yang kadang kala tak tercapai oleh akal kita...
tpi setiap apa yang diujiNya, ada hikmahnya.. kerana Allah S.W.T ingin melihat sama ada hambanya ini mampu untuk menerima ujian dariNya atau tidak... cuma kita perlu banyak bersabar dan tidak merungut dengan apa pun ujian yang menimpa keatas kita... kerana setiap ujianNya, Allah S.W.T akan beri ganjaran... Kita hanya perlu redha je...
apik:huhu..ujian berfikir dan fizikal..sbb kena tolak keta..huhu
Allah akan menguji hambanya..keran Dia tahu hambanya mampu untuk melakukan ujian tersebut..jika kita Redha..maka Allah akan memberi keredhaanNya kepada kita..amin
Post a Comment